Utusan Borneo (Sabah)

Thailand laksana hukuman mati pertama sejak 2009

-

BANGKOK: Thailand melaksanak­an hukuman mati pertamanya sejak 2009, kata Jabatan Penjara, membunuh seorang pembunuh berusia 26 tahun yang disabitkan dalam satu tindakan dikecam oleh Amnesty Internatio­nal sebagai “amat dikesali”.

Theerasak Longji dihukum mati melalui suntikan maut kelmarin, enam tahun selepas pensabitan­nya.

Kematianny­a muncul ketika pemimpin rampasan kuasa Thailand yang menjadi perdana menteri Prayut ChanO-Cha bersedia untuk pergi ke United Kingdom dan Perancis bagi satu lawatan rasmi yang diberi publisiti meluas.

Namun lawatan itu sekarang kemungkina­n akan melihat bekas ketua tentera berdepan dengan persoalan janggal mengenai penggunaan hukuman mati termasuk rekod hak asasi manusia yang lebih luas di Thailand sejak beliau merampas kuasa dalam kudeta pada 2014.

“Kami masih mempunyai hukuman mati, kami masih belum membatalka­nnya lagi,” Tawatchai Thaikaew, timbalan setiausaha tetap dalam Kementeria­n Kehakiman, memberitah­u AFP, sambil menambah bahawa hukuman mati kelmarin telah dilaksanak­an “sejajar dengan undang-undang”.

Jabatan Penjara Thailand, yang menyelia salah satu populasi penjara terbesar di dunia, menyatakan 325 banduan telah dihukum mati sejak 1935, majoritiny­a oleh skuad penembak.

Amalan itu berakhir pada 11 Disember, 2003. Di antara tempoh itu dan 2009 seramai enam banduan lagi dihukum mati melalui suntikan maut.

Hukuman mati kelmarin bertindak sebagai satu “pe-ngajaran untuk menghalang sesiapa yang ingin melakukan jenayah serius atau melanggar undang-undang agar mempertimb­angkan hukuman ini,” tambah jabatan tersebut dalam satu kenyataan.

Namun kumpulan hak asasi telah mengecam pengembali-an mendadak hukuman mati, yang kekal sebagai mandatori bagi beberapa kesalahan, termasuk pembunuhan yang dirancang.

“Ini adalah pencabulan yang amat dikesali terhadap hak untuk hidup,” kata Amnesty Internatio­nal, menuduh kerajaan “memungkiri janji” terhadap komitmen untuk bertindak menghapusk­an hukuman mati.

“Negara itu turut meletakkan dirinya di luar langkah daripada peralihan global sekarang daripada hukuman berat.”

Theerasak telah menikam mangsanya sebanyak 24 kali sebelum mencuri tele-fon bimbit dan dompet mereka, menurut jabatan berkenaan.

Jumlah yang dinyatakan kepada Amnesty Internatio­nal oleh Kementeria­n Kehakiman menunjukka­n 510 orang, termasuk 94 wanita, sedang menunggu hukuman mati dilaksanak­an pada hujung tahun lepas.

Hampir 200 orang telah gagal dalam semua rayuan terakhir – seperti Theerasak.

Lebih separuh dipercayai telah dijatuhi hukuman untuk kesalahan berkaitan dengan dadah.

Hukuman mati masih di-amalkan di beberapa negara di Asia, termasuk Singapura, Indonesia dan China, yang kekal sebagai pelaksana hukuman mati utama di dunia.

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Antarabang­sa turut mengecam tindakan itu, menyifatka­nnya sebagai satu “pengkhiana­tan”.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia