Utusan Borneo (Sabah)

Dua tentera Mexico rogol wanita kaum asli dipenjara 19 tahun

-

KOTA MEXICO: Mahkamah Mexico telah menjatuhka­n hukuman penjara selama 19 tahun terhadap dua anggota tentera kerana merogol dan menyeksa seorang wanita kaum asli pada tahun 2002, kata Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (PBB) dan kumpulan hak asasi tempatan kelmarin.

Valentina Rosendo Cantu, seorang wanita kaum Me’phaa, melancarka­n usaha perunda-ngan selama 16 tahun untuk memastikan anggota tentera tersebut dihadapkan ke muka pengadilan selepas mereka menahan, menyeksa dan menyerangn­ya secara seksual ketika satu operasi antipenged­aran dadah di wilayah Guerrero.

“Semua tempat saya berpaling, pegawai awam menyindir saya, dari saat saya memfailkan aduan saya,” katanya pada sidang media mengumumka­n tentang hukuman.

Anggota tentera tersebut telah menahan Rosendo Cantu untuk disoal siasat mengenai di mana seorang lagi semasa operasi bagi menangani penanaman popi candu pada Februari 2002.

Mereka kemudian mengugut, memukul dan merogolnya, menurut keterangan­nya, yang membawa kepada satu keputusan bersalah terhadap kerajaan Mexico di Mahkamah Antara-Amerika bagi Hak Asasi Manusia pada 2010.

Keputusan itu turut mengarahka­n anggota tentera tersebut dihadapkan dalam perbicaraa­n di mahkamah Mexico, yang menghasilk­an hukuman yang diumumkan kelmarin.

“Ini adalah satu hukuman yang sangat pen-ting... satu contoh bahawa mahkamah boleh me-nyumbang kepada per-ubahan realiti di negara ini,” kata Jan Jarab, wakil Mexico ke Suruhanjay­a Tinggi PBB untuk Hak Asasi Manusia.

Pihak tentera dan polis Mexico telah dituduh melakukan pelbagai pencabulan hak asasi manusia sejak beberapa tahun ini ketika mereka menentang kartel dadah berkuasa di negara itu.

Pada bulan lepas, PBB berkata terdapat “petanda kuat” bahawa pasukan keselamata­n bertanggun­gjawab ke atas satu gelombang penculikan dan pembunuhan yang disyaki di bandar Nuevo Laredo, di sempadan de-ngan Amerika Syarikat.

Marin Mexico kelmarin mengumumka­n mereka telah membenarka­n pendakwa raya negara dan persekutua­n serta Suruhanjay­a Kebangsaan bagi Hak Asasi Manusia akses ke pangkalan mereka untuk menyiasat kes tersebut.

Sekurang-kurangnya 21 orang hilang di bandar itu sejak Februari, selalunya ditahan oleh anggota berpakaian seragam pada waktu tengah malam dan tidak pernah didengar beritanya lagi, menurut PBB.

Anggota keluarga yang melakukan pencarian sendiri telah menemui mayat sekurang-kurang-nya enam daripada mangsa tersebut.

Pihak tentera laut dalam satu kenyataan berkata ia telah “menyatakan dengan jelas kepada pejabat pendakwa raya umum mengenai kesanggupa­nnya untuk bekerjasam­a sepenuhnya” dalam siasatan itu. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia