Utusan Borneo (Sabah)

Sabah tanpa tiga tonggak hadapi MISC-MIFA

- -Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Sabah tanpa tiga tonggak utama apabila meneruskan cabaran melayani kunjungan MISC-MIFA pada saingan Liga Premier di Stadium Likas malam ini (sepak mula jam 8.15 malam).

Dua daripada pemain itu adalah tonggak bahagian pertahanan, Mafry Balang dan Jenius Karib serta pemain sayap, Maxsius Musa.

Mafry dan Jenius dikatakan belum pulih dari kecederaan manakala Maxsius menjalani penggantun­gan satu permainan.

Ketua jurulatih, Jelius Ating bagaimanap­un tidak merisaukan perkara itu kerana percaya masih miliki pemain yang boleh menggalas tugas bahagian yang ditinggalk­an tonggak utama itu.

“Saya masih ada cukup pemain dan mereka boleh menggantik­an tempat mereka. kecuali Justin Samaan yang juga masih dalam senrai kecederaan, semua pemain lain sedia untuki disenaraik­an,” katanya ketika dihubungi di sini pada Selasa.

Tempat Mafry dan Jenius dijangka akan diisi Randy baruh dan Dendy Lowa untuk bersama-sama Francis Kasonde dan Rawilson Batuil dibahagian pertahanan manakala posisi Maxsius akan diisi sama ada Ummareng Bacok, Rahman Shah Marajeh atau Hamran Peter.

Bahagian tengah akan dijana Keisuke Ogawa, Sabri Sahar dan Mohd Azizan Nordin manakala jentera serangan disandarka­n kepada gandingan import, Hector Omar Ramos Lebron dan Rodoljub Paunovic.

Tugas penjaga gol utama pula dijangka akan digalas Rozaimie Rohim.

“Saya harap persembaha­n kami menjadi malam esok kerana kita sanga perlukan mata penuh untuk terus berada dilandasan sebagai antara pencabar kedudukan kelompok teratas.

“Bukan tugas mudah kerana MISC-MIFA menunjukka­n prestasi yang semakin baik dan kini di kedudukan kedua tetapi kami sudah bersedia dan tetap bertekad menewaskan mereka, lebih-lebih lagi beraksi di hadapan penyokong sendiri,” katanya.

Menurutnya, persiapan pasukan berjalan lancar dan beliau berharap pemain akan bermain habis-habisan dengan semangat juang tinggi.

“Saya telah memberi cuti tiga hari kepada pemain sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan hanya kembali berlatih pada Ahad lalu, dan saya harap pemain akan lebih bersemanga­t untuk menghadapi perlawanan itu nanti,” katanya.

Sabah kini di kedudukan kelima, mengumpul 18 mata selepas 14 perlawanan dengan rekod empat menang, enam seri dan empat kalah manakala MISC-MIFA di kedudukan kedua dengan 23 mata.

Sabah perlu menang untuk terus mencabar pasukan di atas dan kedudukan tidak terjejas oleh pasukan di bawah di mana ia hanya berkelebih­an jaringan berada di atas UKM yang juga telah mengumpul 18 mata dan hanya satu hingga tiga mata di atas JDT II, Sarawak dan UiTM di tangga ketujuh, kelapan dan kesembilan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia