Utusan Borneo (Sabah)

Jaringan hatrik Adam selamatkan Tamut FC

-

PAPAR: Jaringan hatrik Adam Daud dari Pasukan Tamit FC (Bongawan) pada minit ke 8, 25 dan 90 menyelamat­kan pasukan itu dari ambang kekalahan apabila hanya berpuas hati mencatat keputusan seri 5-5 ketika menentang Kelab Wirajaya dalam perlawanan bola sepak persahabat­an di Padang Pekan Papar, malam Ahad.

Selain itu, Hassan Hj Mudin yang mengemudi bahagian tengah Pasukan Tamit FC dengan cemerlang mencipta nama selaku penjaring apabila menanduk masuk hantaran Adam pada minit ke 35 dan larian solo yang membuahkan hasil dari tengah padang dengan menewaskan tiga pertahanan Wirajaya pada minit ke 70.

Manakala gol-gol Wirajaya dijaringka­n oleh Miming Am, Ali, Abd Wahid, Imam Saidi dan Mazlan Matbee.

Hassan ketika ditemui memuji semangat keduadua pasukan terutama Kelab Wirajaya yang dibarisi ramai pemain veteran berumur 50 tahun ke atas namun masih mampu memperliha­tkan skil masing-masing dan bermain cemerlang sepanjang perlawanan yang diketuai oleh Imam Saidi walaupun pasukan beliau Tamit FC yang dibarisi ramai pemain muda.

“Perlawanan persahabat­an seumpama ini memberi kesedaran khusus kepada warga veteran untuk sentiasa menjaga kesihatan dengan bersukan agar sentiasa sihat sepanjang masa dan sebagai platform dalam mengukuhka­n lagi silaturahi­m dalam kalangan pemain dan masyarakat sekatanya. tempat,”

D i akhir perlawanan, Adam Daud dianugerah­kan ‘Pemain Masih Berbisa’, manakala Sahiran Muhjin dari Kelab Wirajaya dinobatkan sebagai ‘Pemain Tahan Lasak’ dan Sylvester Lianu selaku ‘Pemain Pertahanan Terbaik’.

 ??  ?? BARISAN pasukan Kelab WiraJaya.
BARISAN pasukan Kelab WiraJaya.
 ??  ?? SYLVESTER (kiri) menerima hadiah disampaika­n Masri (kanan).
SYLVESTER (kiri) menerima hadiah disampaika­n Masri (kanan).
 ??  ?? PASUKAN Tamit FC merakamkan gambar sebelum perlawanan.
PASUKAN Tamit FC merakamkan gambar sebelum perlawanan.
 ??  ?? SAHIRAN (kanan) bersama Buchu selepas perlawanan.
SAHIRAN (kanan) bersama Buchu selepas perlawanan.
 ??  ?? ADAM (kiri) dan Hassan (kanan) sempat merakamkan gambar besama Naib Presiden Safa Papar Awang Damit @Buchu.
ADAM (kiri) dan Hassan (kanan) sempat merakamkan gambar besama Naib Presiden Safa Papar Awang Damit @Buchu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia