Utusan Borneo (Sabah)

Ronaldo akan berusaha bantu Portugal

Untuk mara ke peringkat kalah mati berdepan Maghribi pusingan kedua saingan kumpulan B hari ini

-

MOSCOW: Cristiano Ronaldo akan berusaha untuk meneruskan kehebatann­ya dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia bagi Portugal dalam perlawanan menentang pasukan Maghribi yang sedang merawat luka selepas kekalahan minit akhir yang melemahkan semangat.

Hatrik oleh pemain terbaik dunia sebanyak lima kali itu memastikan juara Eropah itu mencatatka­n keputusan seri 3-3 yang mengujakan dengan Sepanyol dalam perlawanan ‘heavyweigh­t’ Kumpulan B di Sochi.

Ia merupakan hatrik karier ke-51 oleh Ronaldo, dan yang ke-51 dalam sejarah kejohanan ini, dan bintang Real Madrid itu menjadi pemain keempat untuk menjaringk­an gol dalam empat kejohanan Piala Dunia.

“Saya sangat gembira, ia adalah rekod peribadi yang menyenangk­an hati untuk dimiliki, satu lagi dalam karier saya,” kata Ronaldo.

“Bagi saya, perkara paling penting ialah untuk menekankan apa yang telah dibuat oleh pasukan ketika menentang salah satu pasukan pilihan untuk memenangi Piala Dunia.”

Walaupun menjulang trofi di Euro 2016, ramai yang tidak menganggap Portugal sebagai antara pasukan pilihan di Rusia tetapi dapat mengambil langkah besar ke arah peringkat 16 terakhir dengan kemenangan ke atas Maghribi di Moscow pada malam ini.

“Saya rasa kami lebih kuat berbanding Maghribi jika kita membanding­kan kedua-dua pasukan, tetapi saya tidak menyatakan perlawanan itu mudah bagi kami,” kata penyerang Andre Silva kepada pemberita di pangkalan latihan Portugal.

“Kita tidak dapat memandang rendah mereka dan mesti menghormat­i mana-mana pasukan lawan. Setiap perlawanan di Piala Dunia adalah sukar.”

Ia merupakan pertemuan kedua di antara kedua-dua negara selepas Maghribi menewaskan Portugal 3-1 pada peringkat kumpulan di kejohanan akhir 1986.

Maghribi tidak dibolosi sebarang gol pada pusingan kelayakan terakhir apabila mereka menjamin kepulangan ke Piala Dunia buat pertama kali dalam masa 20 tahun, tetapi harapan mereka untuk mara ke peringkat kalah mati adalah tipis ekoran jaringan sendiri oleh Aziz Bouhaddouz pada minit ke-95 ketika menentang Iran.

Anak buah Herve Renard berdepan dengan cabaran yang getir, dengan perlawanan

seterusnya menentang Portugal dan Sepanyol, tetapi pemain tengah Faycal Fajr menegaskan segalanya belum berakhir bagi pasukan ‘Atlas Lions’.

“Jika saya menyatakan bahawa kami tidak percaya bahawa kami dapat layak, itu adalah satu pembohonga­n,” kata Fajr, seorang daripada 17 pemain yang dilahirkan di luar negara dalam skuad Maghribi yang dianggotai 23 pemain.

“Saya dapat melontarka­n beberapa contoh, seperti keputusan seri oleh Argentina (1-1 dengan Iceland). Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Pasukan Portugal ada dua kaki, dan mereka adalah manusia seperti kami.

“Kami tewas dalam satu pertempura­n tetapi kami belum tewas dalam peperangan. Kami belum mati,” ujarnya.

Renard berkata Maghribi “disalibkan oleh kesilapan kamisendir­i”dalamkekal­ahan kepada Iran, tetapi lelaki Perancis itu sudah biasa mengatasi cabaran, selepas dia membimbing pasukan bukan pilihan Zambia untuk mencatatka­n kejayaan yang mengejutka­n di Piala NegaraNega­ra Afrika 2012.

Dia ketika itu menjadi jurulatih pertama yang memenangi kejuaraan benua itu bersama dua pasukan berlainan tiga tahun kemudian apabila dia membimbing pasukan Ivory Coast untuk memenangi kejuaraan itu.

Maghribi memerlukan Renard untuk melakukan keajaiban selanjutny­a bagi mengelak penyingkir­an awal, walaupun Fajr berkata suasana dalam kem tetap positif.

“Malah selepas kekalahan itu, suasana amat baik sekali,” katanya.

“Kami sudah menunggu waktu ini selama 20 tahun, semua rakyat Maghribi sudah menunggu ini selama 20 tahun. Kami adalah satu keluarga besar.” – AFP

“Bagi saya, perkara paling penting ialah untuk menekankan apa yang telah dibuat oleh pasukan ketika menentang salah satu pasukan pilihan untuk ” memenangi Piala Dunia.

CRISTIANO RONALDO Kapten Portugal

 ??  ?? RONALDO
RONALDO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia