Utusan Borneo (Sabah)

Luis Suarez buat penampilan ke100 menentang Arab Saudi hari ini

-

NIZHNIY NOVGOROD: Bagi seorang pemain yang sudah menjadi bahan bagi begitu banyak cerita di Piala Dunia, ia memang wajar bahawa Luiz Suarez akan membuat penampilan­nya yang ke-100 untuk Uruguay di kejohanan terbesar dalam sukan bola sepak.

Jika tiada bencana berlaku pada minit akhir, penyerang Barcelona itu akan bermain dalam perlawanan ke-100 untuk pasukan ‘Celeste’ pada malam ini (jam 11.00 malam Rabu waktu Malaysia) apabila mereka menentang Arab Saudi di Rostov-on-Don dalam pusingan perlawanan kedua Kumpulan A.

Perlawanan itu dijangka rutin dan boleh menjamin laluan Uruguay ke peringkat kalah mati, tetapi dengan Suarez, peminat bola sepak tahu tidak banyak perkara yang biasa-biasa sahaja.

Dua kejohanan Piala Dunia terakhir menyaksika­n Suarez pulang dengan keaiban.

Pada 2010, penyerang itu dibuang dari padang selepas dia “menyelamat­kan gawang” pada minit akhir ketika menentang Ghana, yang membantu untuk mengelak kekalahan dan menyaksika­n pasukan Amerika Selatan itu mara ke peringkat separuh akhir.

Insiden itu menjadi begitu terkenal sehinggaka­n ia mempunyai kemasukan tersendiri­didalamWik­ipedia– Suarez malah menyifatka­nnya sebagai usaha menyelamat yang terbaik di kejohanan itu – tetapi perkara itu remeh sahaja jika dibandingk­an dengan apa yang berlaku empat tahun kemudian.

Pada 2014, dia digantung daripada semua perkara berkaitan bola sepak selama empat bulan dan didenda selepas dia menggigit pemain Itali, Giorgio Chiellini, insiden menggigit ketiga dalam kariernya.

Pemain Uruguay telah menyelar cara Suarez seterusnya dilayan oleh pihak berkuasa bola sepak, tetapi protes mereka tidak mendapat simpati di luar negara.

Suarez merupakan seorang pemain yang disayangi dan dibenci dalam waktu yang sama; kelakuanny­a di dalam padang telah menimbulka­n tanda tanya tetapi tidak begitu bagi bakatnya.

Walaupun kontrovers­i sentiasa ada, pemain berusia 31 tahun itu merupakan penjaring terbanyak dalam sejarah Uruguay, dengan 51 gol dalam 99 perlawanan.

Lima daripada gol-gol tersebut dijaringka­n di Piala Dunia dan walaupun bermula perlahan dalam kemenangan 1-0 Uruguay dalam perlawanan pembukaan menentang Mesir,perlawanan­menentang pasukan lemah Arab Saudi mungkin memberinya peluang untuk meraikan penampilan­nya yang ke-100 dengan bergaya.

Uruguay mungkin akan membuat perubahan di bahagian tengah, dengan membawa masuk Carlos Sanchez dan Cristian Rodriguez di tempat Nahitan Nandez dan Giorgian De Arrascaeta pada malam ini. – AFP

 ??  ?? SUAREZ
SUAREZ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia