Utusan Borneo (Sabah)

Harapan Argentina untuk mara dalam bahaya: Mercado

-

BRONNITSY: Pemain pertahanan Argentina Gabriel Mercado mengakui harapan pasukannya di kejohanan bola sepak Piala Dunia berdepan dengan bahaya dalam perlawanan kumpulan kedua menentang Croatia esok (Khamis).

Lionel Messi gagal menyempurn­akan tendangan penalti ketika Argentina diikat 1-1 dengan mengejutka­n oleh pasukan yang julung kami bermain dalam kejohanan ini, Iceland, dalam perlawanan pembukaan Kumpulan D mereka pada hujung minggu lepas.

Croatiamen­dahuluikum­pulan tersebut selepas kemenangan 2-0 ke atas Nigeria dan akan menjamin tempat mereka pada peringkat kalah mati dengan kemenangan ke atas Argentina di Nizhny Novgorod.

“Hakikatnya ialah perlawanan ini amat penting sekali bagi kami, selepas kami tidak dapat mengutip tiga mata tempoh hari,” kata Mercado.

“Ini adalah perlawanan yang amat penting. Kami perlu menang untuk memintas mereka.”

Pemain Sevilla itu mengetenga­hkan dua pemain tengah yang bermain di Sepanyol, Luka Modric dan Ivan Rakitic, sebagai pemainpema­in bahaya bagi pasukan Zlatko Dalic.

“Kami tahu Croatia memiliki dua pemain tersebut di bahagian tengah yang mengawal bola dengan baik. Mereka juga cuba memainkan peranan utama dan mereka mempunyai pemain lain yang sangat bagus.

“Mereka adalah pasukan yang sukar, sangat bahaya. Kami sudah tahu perkara itu ketika undian dibuat. Saya bayangkan bahawa ia adalah perlawanan yang sukar, lasak dan kami akan cuba mengawal permainan. Saya berpendapa­t ia pasti perlawanan yang sangat sama rata.”

Jurulatih Argentina dikritik hebat oleh Diego Maradona selepas perlawanan menentang Iceland, dan juara Piala Dunia 1986 itu memberi amaran bahawa dia tidak akan dialualuka­n di tanah air jika dia tidak menukar taktiknya.

Pemain sayap Paris SaintGerma­in, Angel Di Maria, mungkin akan digugurkan selepas mempamerka­n prestasi yang hambar, dan Cristian Pavon adalah pemain yang dapat menggantik­an tempatnya dalam pasukan kesebelasa­n utama.

Mercado juga merupakan pilihan untuk memulakan perlawanan manakala Giovani Lo Celso atau Ever Banega mungkin akan dipilih untuk menggantik­an tempat Lucas Biglia di bahagian tengah. – AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia