Utusan Borneo (Sabah)

Azman harap sasaran awal tercapai

Untuk mara ke suku akhir Piala Belia musim ini

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Pengurus skuad bawah 19 tahun Sabah, Azman Mastar berharap sasaran awal pasukan mara ke suku akhir Piala Belia musim tercapai.

“Kami telah berkerja keras dengan pelbagai usaha, membina dan memantapka­n pasukan dengan sasaran awal layak ke suku akhir musim ini.

“Kami kini berada di landasan yang baik tetapi masih ada baki enam perlawanan. Kami kena fokus untuk mengutip mata semaksima mungkin bagi memastikan sasaran awal itu tercapai,”

kata Azman ketika dihubungi pada Selasa.

Menurutnya, pasukan tidak pernah berhenti berusaha termasuk meneruskan latihan seperti biasa sepanjang bulan Ramadan selepas kali terakhir beraksi pada 13 mei lalu.

“Semasa bulan puasa lalu pun kami teruskan latihan seperti biasa termasuk memberi

tumpuan kepada tindakan penyudah yang menjadi masalah utama pasukan sebelum ini menerusi Program Menjaringk­an Gol.

“Saya telah membawa beberapa bekas pemain negeri dan negara termasuk tiga bekas penyerang berbisa kebangsaan negeri ini iaitu Datuk James Wong, Datuk Hassan Sani dan Matlan Marjan bagi membantu dalam program itu,” katanya.

Azman berkata, beliau telah melakukan yang terbaik dan termampu dilakukan termasuk dengan memanfaatk­an Persatuan Bekas Pemain Sabah (Ex Sabah) bagi memantapka­n pasukan.

“Menerusi Ex Sabah, saya juga dapat membawa beberapa lagi bekas pemain negeri seperti Yahya Kassim, Datuk Dzulfikar Ahmad, Stanley Chew, Azah Ezrein, Karti Tukimin, Malim Surat, Dingka Otoh dan Aman Omar Khan membantu skuad muda Sabah kita ini.

“Saya percaya pengalaman dan pengetahua­n bekas pemain negeri ini adalah antara aset penting dalam pembanguna­n bola sepak. Komitmen mereka walaupun ada yang sudah 25 tahun meninggalk­an padang amat saya hargai.. mereka juga mahu kita ada generasi pelapis yang boleh menjadi sandaran pasukan utama negeri ini pada masa depan,” katanya.

James Wong dan Azman adalah Presiden dan Timbalan Presiden Ex Sabah.

Menurutnya, persatuan Ex Sabah dengan kerjasama Persatuan Takad Nabalu sebelum ini juga telah menganjurk­an kejohanan bawah 21 tahun peringkat negeri Sabah di Sandakan, Tawau, Kudat, Ranau dan Kinabatang­an di samping beberapa klinik bola sepak.

“Ini adalah antara usaha kami membantu pembanguna­n bola sepak negeri ini seterusnya membina pasukan terbaik dalam saingan Piala Presiden dan Piala Belia demi masa depan skuad senior Sabah,” katanya.

Sambil itu, perlawanan Sabah menentang pasukan bawah 16 tahun Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ B16) yang pada awalnya dijadualka­n di Stadium Penampang pada Rabu (20 Jun) telah ditunda ke 8 Julai.

Jadual baharu dari Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyaksika­n perlawanan Sabah seterusnya adalah menentang Pahang di Stadium Penampang pada Ahad (24 Jun).

Skuad muda Sabah itu kini di kedudukan keempat, mengumpul 19 mata dari 12 perlawanan dengan rekod lima menang, empat seri dan tiga kalah.

Tiga pasukan teratas didahului Terengganu FC IV dengan 29 mata diikuti PKNS FC (22) dan PKNP FC (21) manakala enam pasukan di bawah Sabah adalah Pulau Pinang (17), Pahang (17), Kuala Lumpur (16), Selangor (16), Felda United FC 11) dan SSBJ B16 (7).

Ia adalah kedudukan terkini selepas pasukan bawah 16 tahun Sekolah Sukan Malaysia Pahang-Akademi Mokhtar Dahari- Cougars (SSMP-AMD-Cougars B16) menarik diri dan mendapat pelepasan FAM menyertai kejohanan di Eropah.

“Kami kini berada di landasan yang baik tetapi masih ada baki enam perlawanan. Kami kena fokus untuk mengutip mata semaksima mungkin bagi ” memastikan sasaran awal itu tercapai.

AZMAN MASTAR Pengurus skuad bawah 19 tahun Sabah

 ??  ??
 ??  ?? DATUK James Wong sedang memberi tunjuk ajar dalam Program Menjaringk­an Gol skuad bawah 19 tahun Sabah.
DATUK James Wong sedang memberi tunjuk ajar dalam Program Menjaringk­an Gol skuad bawah 19 tahun Sabah.
 ??  ?? MATLAN Marjan melatih pemain melakukan penyudah.
MATLAN Marjan melatih pemain melakukan penyudah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia