Utusan Borneo (Sabah)

SKA yakin pertahanka­n gelaran juara kebangsaan

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Presiden Persatuan Karate Sabah (SKA), Datuk Jake Nointin yakin skuad karate Sabah mampu mengekalka­n gelaran juara keseluruha­n Kejohanan Karate Kadet, Junior dan Bawah 21 Tahun Kebangsaan Ke-28 2018 di Perak pada 21-24 Jun.

“Dengan kerja keras dan kesungguha­n semua anggota pasukan, saya yakin kita dapat kotakan sasaran mengekalka­n gelaran juara keseluruha­n denganmeme­nangisekur­angkurangn­ya 10 pingat emas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Bendera Sabah kepada skuad karate di pusat latihan karate di kompleks Sukan di sini pada Selasa.

SKA akan menghantar kontinjen dengan kekuatan 45 karatekas yang terdiri daripada 24 lelaki dan 21 wanita ke kejohanan yang akan berlangsun­g di Dewan Sri Perdana, Kolejs Sains Kesihatan, Ipoh berkenaan.

Ketua jurulatih adalah Julian Chin yang juga Setiausaha Agung SKA dan dibantu beberapa jurulatih termasuk jurulatih baharu dari Mesir, Mustafa Elsayed Mohamad Elsnbawy.

Jurulatih lain terdiri daripada Danny Fredoline, Audrey Japyus, Farlin Veroney Fredrick dan Andy Alexious Angkangon manakala Iskandar Damis telah dilantik sebagai pengurus pasukan dan Jonnas Joitol sebagai penolong pengurus.

Lapan karatekas disenaraik­an bertanding dalam kategori kadet lelaki iaitu Mohd Azhad Haziq Henry, Eldrich Aaron Jubili, Mohd Zaidan Zainal, Arthur Adrian Angkangon, Muhammad Aiman Azlan, Ivan Charles, Muhammad Rafiuddin Faiz Razmi dan Franz Evans Fancey Sami.

Peserta kategori kadet wanita pula terdiri daripada lima karatekas iaitu Lovelly Anne Robberth, Alysheron Maunsiong, Prisca Easter Philip, Leong Jia Chii dan Michell Michelin Linus.

Kategori junior menyaksika­n penyertaan enam karatekas lelaki iaitu Josvin Jase, Reyhon Handeri @ Hamzah, Carl Pearson Philip, Bradwales Wong, Alvin Tam dan Mohd Zuhair Zulkifli Zainal serta 10 wanita yang terdiri daripada Olivia Demius, Esther Bell Siaw Tze Ling, Elyanna Chrisma Jupin, Nur Ayeen, Juslin Juman, Dayang Nur Izzati Salem, Mary Velendra Godfrey, Maryam Jackson, Cairola Chevery Wong Ying Ying dan Abby Lysha Abiezarly.

Karatekas SUKMA pula terdiri daripada 10 lelaki dan enam wanita.

Karatekas lelaki terdiri daripada Clevelence Carlos, Zimito Jipui Jr, Stanley Dulian, Al Nasrin Faisal, Richal Mattan, Mcroyce Donovan Dagul, Elreno Zeru, Arthuric Gideon Jiwin, Whaledent Joe Walter dan Kellyment Kahan.

Karatekas wanita pula terdiri daripada Vellcaroll­yne Agustine, Alexandra Jacklya Dakius, Gwendollyn Gimus, Machelle Roger Mool, Pressy Mist Philip dan Allyvianna Appolony.

Sabah adalah juara bertahan kejohanan itu selepas merangkul sembilan pingat emas, lapan perak dan 13 gangsa pada edisi ke-27 di Kangar, Perlis tahun lalu.

Menurutnya, kejohanan itu juga akan dijadikan sebagai medan pertanding­an PraSUKMA (Sukan Malaysia).

 ??  ?? JAKE (bertopi) bersalaman sambil menyerahka­n bendera Sabah kepada pengurus pasukan, Iskandar. Bersama-sama adalah anggota skuad karate yang akan ke Kejohanan Karate Kadet, Junior dan Bawah 21 Tahun Kebangsaan Ke-28 2018 di Perak pada 21-24 Jun.
JAKE (bertopi) bersalaman sambil menyerahka­n bendera Sabah kepada pengurus pasukan, Iskandar. Bersama-sama adalah anggota skuad karate yang akan ke Kejohanan Karate Kadet, Junior dan Bawah 21 Tahun Kebangsaan Ke-28 2018 di Perak pada 21-24 Jun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia