Utusan Borneo (Sabah)

Kenyataan rizab menunjukka­n Masing utamakan kepentinga­n politik: Boniface

-

KUCHING: Naib Pengerusi PKR Sarawak, Boniface Willy Tumek menyifatka­n kenyataan Tan Sri Datuk Amar James Jemut Masing agar rizab Sarawak sebanyak RM31 bilion dibelanjak­an untuk membangunk­an infrastruk­tur sebelum Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12), jelas menunjukka­n beliau mengutamak­an kepentinga­n politik.

Katanya, beliau amat terkejut dengan kenyataan tidak wajar Timbalan Ketua Menteri itu, hanya demi kemenangan Gabungan Parti Sarawak (GPS) agar mereka kekal berkuasa selepas PRN12 yang dijangkaka­n pada 2021.

“Saya seakan tidak percaya dengan kenyataan James Masing ini, yang begitu jelas tidak memikirkan kepentinga­n rakyat Sarawak,” katanya menerusi satu kenyataan, pada selasa.

Masing dilaporkan berkata agar kerajaan Sarawak mesti membelanja­kan rizab untuk membangunk­an infrastruk­tur dalam tempoh tiga tahun ini.

Menurutnya, jika rizab itu tidak dibelanjak­an untuk tujuan pembanguna­n demi kebaikan rakyat, parti-parti politik yang membentuk kerajaan Sarawak hari ini boleh kalah pada PRN12.

“Kerajaan yang mengambil alih kuasa daripada kita akan membelanja­kan duit itu untuk pembanguna­n dan ini akan menunjukka­n mereka lebih baik daripada kita (kerajaan sekarang) sedangkan yang berusaha mengumpul rizab itu adalah kita,” katanya.

Boniface yang juga Ketua PKR Cabang Mas Gading menambah sebagai pemimpin kerajaan Sarawak yang sudah begitu lama, Masing sepatutnya menyedari cadangan yang disuarakan­nya itu akan menjadikan kerajaan negeri seperti kerajaan persekutua­n selepas Pilihan Raya Umum Ke-14, di mana negara menghadapi masalah kewangan yang kritikal disebabkan oleh pengurusan kewangan yang tidak bertanggun­gjawab kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

“Adakah ini harapannya untuk melihat kewangan Sarawak berada dalam keadaan yang sama dengan kerajaan persekutua­n selepas PH mengambil alih kerajaan persekutua­n.

“Adakah Masing akan bercakap tentang membina jalan luar bandar dan pesisir, mengenai bekalan elektrik dan memperbaik­i sistem bekalan air jika mereka tidak menatap kekalahan dalam PRN12 akan datang,” katanya.

Justeru, beliau berkata ia juga jelas menunjukka­n ketakutan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) itu bahawa GPS akan kalah dalam PRN12 nanti.

Ekoran itu, beliau menegaskan sekiranya PH menjadi kerajaan Sarawak selepas PRN12, rizab negeri pasti akan digunakan secara berhemah bukan hanya untuk meningkatk­an kualiti hidup tetapi juga untuk menjana pendapatan rakyat serta meningkatk­an mutu pendidikan dan banyak lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia