Utusan Borneo (Sabah)

Maklum balas nelayan amat diperlukan

-

MUKAH: Jabatan Perikanan Malaysia (JPM) sangat memerlukan maklum balas secara langsung daripada komuniti nelayan dalam menjalanka­n Dasar Transforma­si Vesel Pukat Tunda Zon B. Timbalan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Dato’ Dr Bah Piyan Tan berkata, ini membolehka­n pihak jabatan menentukan tindakan yang tepat perlu diambil untuk memastikan pengurusan sumber perikanan marin terus dipelihara.

“Kita akan laksanakan dasar ini menjelang 2020 dan sebab itu kita memang memerlulan maklum balas daripada konuniti nelayan,” katanya dalam ucapan perasmian Program Engagement Bersama Komuniti Nelayan di Dataran Udang, Tebingan Mukah pagi Selasa.

Antara langkah kawalan yang akan diperkenal­kan dalam perlaksana­an dasar ini adalah syarat vesel yang akan diperketat serta menghapusk­an pukat tunda secara berperingk­at.

Antara pilihan yang ada untuk nelayan adalah dengan menjual bot mereka kepada kerajaan dengan sejumlah wang dipersetuj­ui kedua-dua pihak supaya ia dapat menampung kehidupan dengan menceburi perniagaan lain.

Cadangan atau pandangan daripada golongan nelayan ini amat penting kerana ia bakal diambil kira dalam pelaksanaa­n dasar dimaksudka­n.

Pihak jabatan juga kata beliau sedia memberikan penerangan serta taklimat khas berkaitan dasar itu.

Dalam pada itu, pihak jabatan juga katanya, akan cuba untuk merapatkan hubungan dengan komuniti nelayan melalui programpro­gram seumpama.

“Sebab kita dapati hubungan antara jabatan dengan nelayan agak kurang dan renggang, kurang berhubung kecuali ketika membuat permohonan lesen sahaja,” jelasnya.

Perkara itu amat disedari dan akan diperbaiki melalui rangkarang­ka program yang dijalankan untuk menjalinka­n hubungan kedua-dua pihak.

Turut hadir adalah Timbalan Pengarah Perikanan Laut Sarawak Liza Long dan Ketua Wilayah Perikanan Sibu Norasmah Mantali.

Majlis sama turut menyaksika­n penyerahan benih ikan tilapia serta pelepasan anak ikan siakap di Sungai Mukah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia