Utusan Borneo (Sabah)

Tekanan inflasi dijangka kurang menjelang akhir tahun ini

Bahan bakar tidak diapung setiap minggu antara pendorong utama

-

KUALALUMPU­R:Tekanan inflasi dijangka berkurang sehingga akhir tahun ini, terutama didorong oleh harga bahan bakar yang tidak lagi diapungkan setiap minggu,sebaliknya­ditambat kepada harga semasa.

Profesor Ekonomi Fakulti Perniagaan Universiti Sunway, Dr Yeah Kim Leng berkata, langkah yang diperkenal­kan pada Mei 2018 oleh kerajaan baharu itu akan mengurangk­an tekanan inflasi.

“Ia akan memberikan kesan mengurangk­an tekanan inflasi sehingga kerajaan memutuskan untuk menukar (dasar itu),” katanya kepada Bernama sebagai reaksi kepada Indeks Harga Pengguna (IHP) yang lebih tinggi yang dicatat pada Mei.

IHP naik 1.8 peratus, tahun ke tahun pada Mei kepada 121.1 daripada 119 sebelum ini yang dipacu oleh bahan api, makanan dan minuman bukan alkohol yang lebih mahal.

Indeks bagi kumpulan pengangkut­an naik 3.8 peratus pada Mei 2018 manakala makanan dan minuman bukan alkohol, yang menyumbang 29.5 peratus daripada IHP, meningkat 2.2 peratus.

IHP mengukur perubahan dalam tahap harga pasaran barangan pengguna dan perkhidmat­an yang dibeli oleh isi rumah.

Ia adalah satu daripada beberapa indeks harga yang dikira oleh agensi perangkaan negara dan perubahan peratusan tahunan digunakan sebagai ukuran inflasi.

Antara Januari-Mei, IHP mencatat peningkata­n sebanyak 1.7 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Pada awal bulan ini Kementeria­n Kewangan mengumumka­n bahawa kerajaan telah memperuntu­kkan RM3 bilion untuk memberi subsidi harga minyak sehingga akhir tahun untuk bahan api RON95 dan diesel masing-masing ditetapkan pada harga RM2.20 dan RM2.18 seliter manakala RON97 diapungkan pada asas mingguan.

Yeah berkata, IHP yang lebih tinggi pada Mei pada keseluruha­nnya dalam jangkaan pasaran dan masih boleh diurus kerana masih di bawah paras 2.0 peratus.

Sementara itu, Ketua Penyelidik­an Inter-Pacific Securities Sdn Bhd, Pong Teng Siew berkata, harga minyak yang stabil dan pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) akan menyaksika­n penurunan IHP menjelang akhir tahun.

“Kenaikan adalah pada tahap yang sederhana. Melangkah ke hadapan dengan GST yang berkadar sifar, kami menjangka IHP akan jatuh pada Jun dan mungkin mengekalka­n kadar sederhana sehingga akhir tahun ini,” katanya. — Bernama

Langkah yang diperkenal­kan pada Mei 2018 oleh kerajaan baharu itu akan mengurangk­an tekanan inflasi. Ia akan memberikan kesan mengurangk­an tekanan inflasi sehingga kerajaan memutuskan untuk itu).” menukar (dasar

DR YEAH KIM LENG

Profesor Ekonomi Fakulti Perniagaan Universiti Sunway

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia