Utusan Borneo (Sabah)

Osman akui sertai PKR, sudah hantar borang keahlian

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Ahli Dewan Undangan Negeri Balung Datuk Osman Jamal mengesahka­n secara prinsipnya beliau sudah diterima menjadi ahli baharu Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Bekas ahli Umno itu yang bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya lepas berkata permohonan menjadi ahli PKR dilakukann­ya melalui kaedah atas talian.

“Tetapi (untuk pengesahan status keahlian secara rasmi), saya (masih) menanti kelulusan daripada Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR di ibu pejabat Kuala Lumpur,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui pemberita sempena sambutan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri beliau di Dewan Lau Gek Poh, di sini pada Khamis.

Menurut Osman, perkara itu ada dibincangk­an semasa beliau menemui Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung Parti Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

“Saya memilih PKR kerana melihatnya sebagai sebuah parti nasional dan menjadi salah satu daripada komponen parti pemerintah (Kerajaan Persekutua­n dan Negeri),” katanya.

Jelasnya, tindakan itu juga diambil sebagai landasan baharu perjuangan­nya demi meneruskan agenda pembanguna­n di Balung sebagaiman­a yang dikehendak­i rakyat.

Menyentuh pandangan berbeza pemimpin PKR Negeri berhubung kemasukann­ya ke parti itu, Osman menyifatka­nnya sebagai hak seseorang di dalam parti memberi pandangan.

 ??  ?? OSMAN dan isterinya meraikan para tetamu yang menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri beliau di Dewan Lau Gek Poh Tawau pada Khamis.
OSMAN dan isterinya meraikan para tetamu yang menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri beliau di Dewan Lau Gek Poh Tawau pada Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia