Utusan Borneo (Sabah)

Rita Rudaini jadi mekanik dalam ‘Akak Mekanik’

-

BERIKANLAH watak apa sahaja pasti pelakon cantik Rita Rudaini cuba menghayati­nya dengan baik sekaligus meninggalk­an kesan di hati penonton. Dia pernah berlakon drama sedih yang memerlukan­nya berendam air mata. Dia juga pernah membintang­i drama komedi yang membuatkan penonton tak kering gusi dengan karektor lawaknya.

Begitu pun menerusi telefilem terbaharu bertajuk ‘Akak Mekanik’ yang bakal disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengisi slot Citra di TV2 pada 29 Jun ini, jam 9.30 malam, peminat Rita berpeluang menyaksika­nnya melakonkan watak berbeza iaitu sebagai mekanik wanita.

Selain Rita Rudaini, telefilem genre komedi romantik ini turut menampilka­n pelakon Amar Ashraf, Jaslin Puasa, Sheila Mambo dan Jaafar Onn.

Mengangkat kisah pencarian cinta hati seorang gadis pada seorang lelaki berdasarka­n kenangan ‘cinta monyet’ zaman sekolah, plot ceritanya bermula dengan watak utama iaitu Qaira berkenalan dengan Alief apabila membantu beliau membaiki kereta Alief yang rosak di tepi jalan.

Pertemuan tanpa sengaja itu membuka peluang kepada mereka melanjutka­n lagi perkenalan yang baru bermula. Kebetulan Alief sedang mencari mekanik untuk bekerja di bengkel miliknya. Setelah meneliti sijil kemahiran Qaira, Alief menawarkan Qaira bekerja sebagai mekanik di bengkelnya.

Pada masa sama Qaira gembira dengan tawaran tersebut walaupun pada awalnya kurang dipersetuj­ui oleh ibunya, Mak Ton. Mak Ton pula beria mahu menjodohka­n Qaira dengan Ismail.

Ketika Qaira mula rapat dengan Alief, Ismail terbaca diari Qaira yang sukakan seorang pelajar bernama Ismail, semasa mereka bersekolah rendah. Dia mula memikirkan strategi untuk membuatkan Qaira menerimany­a walau dengan apa cara sekalipun.

Kemuncakny­a bila Ismail menyamar sebagai ‘Ismail’ idaman Qaira. Akhirnya dia berjaya meyakinkan Qaira berdasarka­n maklumat yang curi-curi diperolehi­nya dari diari milik Qaira. Namun takdir menentukan sebaliknya bila tembelang Ismail terbongkar apabila Qaira melihat kad pengenalan Ismail yang mengesahka­n mereka berbeza umur.

Ketika itu Qaira mula sedar dirinya tertipu dengan tembelang Ismail selama ini. Qaira kembali mencari Alief untuk meminta maaf atas sikap dinginnya dan mendapati Alief adalah orang yang dicarinya selama ini dengan nama penuhnya, Alief Ismail.

Masihkah ada peluang untuk mereka bersatu? Bagaimana pula kesudahan kisah cinta mereka? Ikuti kesudahann­ya dalam telefilem menarik ini di TV2.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

 ??  ??
 ??  ?? RITA
RITA
 ??  ?? Rudaini bawakan watak mekanik.
Rudaini bawakan watak mekanik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia