Utusan Borneo (Sabah)

SINDIKET JUDI BOLA

Sembilan ditahan, RM98,653 dirampas kes pertaruhan Piala Dunia

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

PENAMPANG: Polis menahan sembilan individu termasuk wanita tempatan selepas dipercayai terbabit dengan pertaruhan haram Piala Dunia yang sedang berlangsun­g sejak 14 Jun lalu sehingga 15 Julai depan.

Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata kesemua suspek berumur 22 hingga 35 tahun ditahan dalam Ops Soga yang dijalankan bersama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang bermula 18 hingga 20 Jun.

Katanya sepanjang Ops Soga dilaksanak­an, pihaknya berjaya menjalanka­n lima serbuan berasingan di sekitar sini dan Putatan.

“Serbuan pertama dijalankan di sebuah kedai mencuci kereta di Kampung Nosoob kira-kira jam 7.30 malam 18 Jun dan berjaya menahan sepasang suami isteri masing-masing berumur 20 dan 30 tahun.

“Pada hari sama, serbuan kedua jam 9 malam di sebuah rumah tidak bernombor di Taman Prima Sumudu berjaya menahan dua lelaki tempatan berumur 32 dan 35 tahun yang sedang menjalanka­n pertaruhan haram,” katanya pada sidang media di IPD Penampang pada Khamis.

Omar berkata tiga lagi suspek berjaya ditahan dalam dua lagi serbuan yang dijalankan masingmasi­ng jam 6.50 malam dan 9.15 malam di dua lokasi berbeza.

“Serbuan di Kampung Muhibah Putatan berjaya menahan dua lelaki berumur 22 hingga 32 tahun manakala seorang lelaki berumur 20 tahun ditahan di sebuah premis di Donggongon.

“Tangkapan terakhir iaitu lelaki warga Indonesia berumur 37 tahun turut ditahan di Donggongon kirakira jam 5 petang 20 Jun,” katanya.

Beliau berkata polis turut merampas pelbagai barangan termasuk telefon bimbit, komputer riba, mesin pencetak, mesin pengiraan wang, buku nota, lembaran taruhan dan wang tunai berjumlah RM98,653.

Menurutnya kesemua suspek yang ditahan direman dan disiasat mengikut Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953.

 ??  ?? OMAR bersama rampasan wang semasa sidang media di IPD Penampang pada Khamis.
OMAR bersama rampasan wang semasa sidang media di IPD Penampang pada Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia