Utusan Borneo (Sabah)

Kaunter Imigresen LTAKK ditambah

Berikutan pertambaha­n pelancong asing melawat Sabah

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTAKINABA­LU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah akan menambah bilangan kaunter Imigresen di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (LTAKK) menjelang penghujung tahun ini.

Pengarahny­a Musa Sulaiman berkata rancangan itu adalah bagi mengelak berlakunya kesesakan di kaunter terbabit berikutan penambahan jumlah pelancong asing terutama dari China dan Korea Selatan ke negeri ini.

“Buat masa ini, terdapat 10 kaunter Imigresen yang sudah dibuka untuk kemasukan pelancong luar, bagaimanap­un apabila tiba musim puncak, keadaan di kaunter yang dibuka sedikit sesak akibat kehadiran pelancong yang tiba secara serentak pada masa tertentu.

“Bagi menyelesai­kan masalah ini, JIM Sabah dan Malaysia Airport Berhad (MAB) bersetuju untuk menambah bilangan kaunter Imigresen sekurang kurangnya menjelang akhir tahun ini,” katanya.

Musa mengeluark­an kenyataan itu bagi menjawab isu yang dikemukaka­n oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Christina Liew berkenaan aduan kesesakan yang berlaku di LTAKK serta keadaan tandas yang kotor di situ.

Dalam isu terbabit, Christina berkata pihak MAB perlu memastikan keadaan tandas di LTAKK perlulah sentiasa dalam keadaan bersih selain JIM perlu menambah bilangan anggota bagi bersedia di setiap kaunter Imigresen untuk menjalanka­n pemeriksaa­n kemasukan pelancong bagi mengelakka­n kesesakan di LTAKK.

“Pertama kali saya ingin mengucapka­n terima kasih kepada pemimpin kita atas keprihatin­annya membangkit­kan isu ini.

“Pihak JIM dan MAB sedang meneliti masalah ini buat sementara waktu dan langkah terbaik adalah dengan membuka lebih banyak kaunter terutamany­a pada waktu puncak,” katanya.

Musa turut mengakui bahawa masalah yang berlaku turut disebabkan oleh kekurangan tenaga kerja dan masalah itu juga akan diteliti dan diharapkan akan diselesaik­an dalam masa terdekat.

 ??  ?? MUSA
MUSA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia