Utusan Borneo (Sabah)

KGBM akan didaftar secara rasmi

-

BEAUFORT: Kelab Guru Bisaya Malaysia (KGBM) akan didaftarka­n di Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan Malaysia dalam tempoh yang terdekat.

Ia bagi membolehka­n kelab berkenaan berfungsi dan berperanan dalam membantu anak-anak muda masyarakat itu, khususnya dalam bidang berkaitan pendidikan.

Penubuhan kelab ini merupakan manifestas­i daripada Grup Whatsapp yang sudah lama ditubuhkan oleh golongan guru-guru daripada etnik Bisaya di Negeri Sabah, khususnya di daerah Beaufort yang majoriti pendudukny­a berbangsa Bisaya.

Hasrat penubuhan KGBM ini dipersetuj­ui dalam Majlis Hari Raya dan Mesyuarat Penaja Penubuhan Kelab berkenaan yang diadakan baru-baru ini di sebuah hotel di sini. Semua ahli yang hadir bersetuju menubuhkan kelab itu dengan mendaftark­annya di Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan Malaysia.

Dalam mesyuarat itu, Banjamin Haji Atin telah dipilih sebagai pengerusi berganding­an dengan Osman Pudin sebagai timbalan pengerusi. Sementara Jimran Matkahar sebagai setiausaha dan Francis Ali Hussin sebagai timbalan setiausaha. Isya Juslen dan Idris Mulit masing-masing sebagai bendahari dan timbalan bendahari.

Banjamin dalam ucapannya berharap agar KGBM boleh menjadi platform terbaik untuk memajukan dan menyumbang kepada masyarakat setempat khususnya dalam kalangan masyarakat Bisaya.

“Kita jadikan KGBM ini sebagai alat untuk kita bergerak secara kolektif dan bersatu padu memastikan agar kelab ini tidak lari daripada matlamatny­a,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Pendidikan Daerah Beaufort Ab Mastan Ahmad, Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Penyu Haji Muhid Hj Misrin dan Pengetua SMK Kota Klias Hj Md Safee Salleh dilantik sebagai penasihat kelab berkenaan.

Dalam ucapannya mewakili badan penasihat, Mastan berharap agar kelab itu bersungguh-sungguh membantu dan berfungsi serta sentiasa bekerjasam­a dengan Persatuan Bisaya untuk mengangkat martabat bangsa.

“Jangan ada unsurunsur yang boleh memecahbel­ahkan kemurnian ahli kelab ini agar ia boleh kekal dan konsisten dalam memperjuan­gkan peranan serta tanggungja­wab sosialnya,” katanya.

Keahlian kelab itu terdiri daripada semua guru berbangsa Bisaya dan setakat ini kelab berkenaan masih mengumpul data serta menerima keahlian untuk memantapka­n fungsi kelab.

Dalam pada itu, Jimran yang juga jurucakap KGBM berkata apabila proses dokumentas­i selesai, kelab itu akan membuat kunjungan hormat ke Kementeria­n Pendidikan dan Inovasi Sabah serta Pengarah Pendidikan Negeri Sabah.

Beliau memaklumka­n mesyuarat kelab itu berikutnya dijangka diadakan pada Julai depan.

 ??  ?? BANJAMIN (empat dari kiri) dan Mastan (tiga dari kiri) selepas Mesyuarat Penaja Penubuhan Kelab berkenaan.
BANJAMIN (empat dari kiri) dan Mastan (tiga dari kiri) selepas Mesyuarat Penaja Penubuhan Kelab berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia