Utusan Borneo (Sabah)

Warisan nafi peralihan kuasa parti di Labuan

-

KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah (Warisan) menafikan dakwaan yang mengatakan bahawa berlakunya peralihan kuasa parti itu bagi kawasan Labuan.

Setiausaha Agung Warisan Loretto Padua Jr berkata, Parti Warisan Sabah di Labuan masih dalam proses penubuhan dan pimpinan di peringkat pulau itu masih lagi berstatus penaja yang terdiri daripada pejuang-pejuang asal Warisan.

“Soal mendapat 50 peratus sokongan daripada pemimpin Warisan Labuan tidak timbul sama sekali kerana sebagai penaja, ketua penyelaras Labuan adalah dilantik terus oleh Ibu Pejabat Warisan.

“Kita mengalu-alukan sokongan daripada semua pihak tetapi segala prosedur yang ditetapkan mestilah dipatuhi,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Beliau yang selalu menghubung­i setiausaha penyelaras Labuan sering mengingatk­an tindakan yang perlu dilakukan dan apa yang belum boleh dilakukan oleh Warisan di Labuan memandangk­an ia masih berstatus penaja.

Justeru, beliau menegaskan bahawa tiada sebarang pertukaran kepimpinan di Labuan memandangk­an selaku penaja, tidak ada istilah pemilihan oleh rakyat, tetapi hanya dilakukan melalui lantikan terus oleh Pusat.

Pada Rabu, tersiar dalam media menyatakan lebih separuh daripada anggota pengasas Warisan Labuan diketuai John Kulas berikrar akan menyokong bekas Anggota Parlimen Labuan Datuk Suhaili Abd Rahman untuk menjadi pemimpin parti bagi kawasan itu.

Sokongan itu diberi selepas mereka mencapai keputusan sebulat suara pada satu perjumpaan di sebuah hotel terkemuka di pulau berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia