Utusan Borneo (Sabah)

Empat lelaki didakwa memiliki ikan ditangkap guna racun

-

KOTA KINABALU: Empat lelaki antaranya tiga warga asing didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan memiliki pelbagai jenis ikan yang ditangkap menggunaka­n racun.

Bagaimanap­un, Abdul Kasme Hussin, 35, Sonil Kaboh, 31, Raj Kinarih, 28, dan Jinardo Amildon, 32, masing-masing mengaku tidak bersalah di hadapan hakim Azreena Aziz.

Mahkamah menetapkan pengurusan kes pada 4 Julai terhadap semua tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 26 (1) (a) Akta Perikanan 1985 (Akta 317), dihukum mengikut Seksyen 25 (a) akta sama.

Mereka didapati melakukan kesalahan itu pada 8 Jun jam 1 petang di perairan Kota Kinabalu, di sini. Hukuman yang diperuntuk­kan, jika vesel ialah penangkapa­n asing, denda tidak melebihi RM1 juta setiap hal empunya atau jurangan, dan RM100 ribu untuk setiap anggota kru.

Sementara itu, Abdul Kasme yang diwakili peguam Dominic Chew sekali lagi didakwa sebagai seorang tekong, membenarka­n tiga migran haram Sonil, Raj dan Jinardo berada di dalam bot.

Namun, tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 55 E (1) Akta Imgiresen 1956/63 (Akta 155), dihukum mengikut Seksyen 55E (2) akta sama, mengaku tidak bersalah.

Abdul Kasme didapati melakukan kesalahan itu pada hari sama di Pulau Mengalum, di sini.

Azreena menetapkan pengurusan kes pada 4 Julai terhadap tertuduh, yang diberikan ikat jamin sebanyak RM10,000 dengan deposit RM5,000 dicagarkan dua penjamin tempatan, untuk dua pertuduhan yang dikenakan terhadapny­a.

Dominic berkata, anak guamnya sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak, menjadi sumber ekonomi keluargany­a.

“Tertuduh hanya bekerja sebagai nelayan dan tiada pendapatan tetap. Mohon jumlah ikat jamin yang rendah diberikan,” katanya dan menambah, tertuduh tidak mempunyai risiko melarikan diri.

Jika sabit salah, boleh dikenakan denda minimum RM5,000 dan maksimum RM30,000 atau penjara selama setahun, atau kedua-duanya untuk setiap migran haram.

Sementara itu, Raj dan Sonil masing-masing dikenakan penjara lima bulan dan satu sebat, manakala Jinardo dikenakan penjara empat bulan dan satu sebat, kerana tinggal di negara ini tanpa pas yang sah.

Dua lagi lelaki warga asing Rahim Pawaki, 19, dan Atta Sajid, 31, turut dikenakan denda RM4,000 atau penjara empat bulan, selepas mengaku atas kesalahan sama.

Mereka yang didakwa mengikut Seksyen 6 (1) (c) akta sama, melakukan kesalahan itu pada 5 dan 8 Jun di perairan Kota Kinabalu, di sini.

Semasa rayuan, peguam Marzuki Hj Spawi yang mewakili Rahim dan Atta berkata, kedua-dua tertuduh bekerja sebagai nelayan sudah lama menetap di negara ini, bersama dengan keluarga.

Tambahnya, Atta sudah berkahwin dan mempunyai empat anak yang kini berada di daerah Semporna, sedang mencari tertuduh.

Semua pendakwaan terbabit dikendalik­an Timbalan Pendakwara­ya Nurun Nazifah Muhammad Iyen Atim dari Jabatan Maritim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia