Utusan Borneo (Sabah)

Warga emas hilang belum ditemukan

Pencarian diteruskan anggota bomba dan polis berdasarka­n petunjuk baharu

- Oleh SALMAN ABADI

BELURAN: Seorang warga emas yang dilaporkan hilang sejak 16 Jun lalu di kawasan Tetabuan, masih belum ditemukan.

Ketua Polis Daerah (KPD) Beluran Supt Shivananth­an A/L R Velautham berkata, mangsa yang hilang dikenal pasti sebagai Muksin Menggulong, 81, berasal dari Kampung Bintang Mas (Ulu Sapi, Telupid) dikatakan hendak mengadakan ziarah kubur di Bukit Pelandok di Kelagan Jaya pada Hari Raya kedua dengan menaiki perahu.

Katanya, ahli keluarga mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Beluran selepas mangsa tidak pulang ke rumah dan pencarian mereka juga gagal.

Shiva berkata, bertindak atas maklumat itu, pihaknya menggerakk­an operasi pencarian di kawasan terbabit bersama anggota polis, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Beluran bersama penduduk dari beberapa kampung, namun mangsa masih belum ditemukan.

Beliau berkata, operasi pencarian dan pemantauan kawasan terbabit masih diteruskan oleh anggota polis (PGA) khasnya di kawasan sekitar perahu mangsa ditemukan iaitu di Pulau Terenggoho, berhampira­n Kampung Tetabuan, Beluran.

Sementara itu, Penolong Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran Rosemidian Haji Majid berkata, pihaknya bersama pasukan polis dan PGA menggerakk­an operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dengan menyelusur­i sungai dari Kuala Sungai Labuk hingga ke Kuala Sapi, dan juga di kawasan laut sekitar Tetabuan, tetapi mangsa tidak ditemukan sehingga operasi hari pertama (16 Jun) ditangguhk­an kerana cuaca gelap.

“Operasi mencari dan menyelamat disambung hari kedua pencarian diteruskan di kawasan mangsa dilaporkan hilang, melalui sungai sehingga ke kawasan Kg Bukit Besi, masuk ke Kg Lidong dan Kuala Sapi (Sungai Labuk), namun gagal menemukan mangsa,” katanya.

Katanya, apabila cuaca gelap menjelang petang, operasi sekali lagi ditangguhk­an dan disambung pada hari berikutnya (hari ketiga pencarian).

Bagaimanap­un katanya, sekitar jam 7 petang 17 Jun, pihaknya menerima maklumat bahawa terdapat sebuah perahu dan enjin sangkut 15 kuasa kuda (hp) ditemukan penduduk kampung di tepi pantai Pulau Terenggoho, berhampira­n kawasan Kg Tetabuan, di sini.

Bertindak atas laporan dan petunjuk itu, kira-kira jam 11 pagi, pihaknya membawa adik mangsa berusia 78 tahun untuk pengesahan dan pengecaman perahu yang ditemukan dan ia disahkan milik mangsa, namun mangsa masih tidak ditemukan.

Rosemidian berkata, pencarian diteruskan pada 18 dan 19 Jun oleh kira-kira 60 orang termasukla­h anggota bomba, polis, PGA serta lebih 40 penduduk kampung dan kawasan pencarian diperluask­an sehingga dalam lingkungan (radius) 2.4 kilometer, namun warga emas yang hilang gagal dikesan.

Katanya, operasi berkenaan melibatkan penduduk dari Kg Bintang Mas, Kg Tetabuan, Kg Lidong dan Kg Bukit Besi, Beluran.

Menurutnya, operasi pencarian masih diteruskan oleh pihak pasukan keselamata­n (polis/ P G A Belu ran ), manakala pihak keluarga mangsa juga dikatakan turut melakukan ‘upacara pencarian’ warga emas terbabit yang masih hilang.

Menurut sumber, sebelum ini sudah berlaku empat kes orang hilang di kawasan pulau berkenaan (Pulau Terenggoho Tetabuan) yang dipercayai penduduk sebagai kawasan yang ‘keras’.

Dalam perkembang­an berkaitan, pihak bomba Beluran menerima petunjuk terbaharu apabila beberapa nelayan dari Kg Dandulit dan Gum-gum Kecil, Sandakan menemukan mayat terapung di lautan kira-kira 3 batu dari daratan, pada tengahari Rabu (20 Jun) di kawasan Rusan Selisip, di laut Terenggoho, berhampira­n Kg Keniogan.

Bagaimanap­un kata Rosemidian, nelayan yang ternampak mayat lewat melaporkan penemuan itu kepada pihak berkuasa kerana maklumat hanya diterima pada jam 5.33 petang Rabu.

“Cuma kita belum pasti sama ada jasad mayat yang ditemukan itu adalah warga emas hilang yang sedang dicari, namun berdasarka­n gambaran baju putih dan seluar pendek hitam pada mayat terapung yang ditemukan itu adalah sama dengan pakaian mangsa yang hilang,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo.

“Pagi ini (21 Jun), kami (tiga anggota bomba dan dua polis) bergerak meneruskan operasi pencarian mangsa di kawasan Rusan Selisip, Terenggoho dan terus ke kawasan Keniogan serta Puru-puru untuk mencari mangsa dan mendapatka­n informasi terkini kes berkaitan,” katanya.

Sehingga berita ini ditulis pada jam 5.15 petang Khamis, Utusan Borneo belum mendapat maklumat dan perkembang­an lanjut tentang hasil operasi pencarian yang dijalankan, manakala PBKII Rosemidian yang mengetuai sendiri operasi itu tidak dapat dihubungi kerana difahamkan tiada talian telefon di kawasan pencarian.

 ??  ?? ANGGOTA
bomba dan polis Beluran meneruskan pencarian mangsa hilang sejak awal pagi 21 Jun di kawasan mangsa dilaporkan ditemukan nelayan Kg Dandulit dan Gumgum Kecil.
ANGGOTA bomba dan polis Beluran meneruskan pencarian mangsa hilang sejak awal pagi 21 Jun di kawasan mangsa dilaporkan ditemukan nelayan Kg Dandulit dan Gumgum Kecil.
 ??  ?? SHIVANANTH­AN
SHIVANANTH­AN
 ??  ?? ROSEMIDIAN
ROSEMIDIAN
 ??  ?? PERAHU milik warga emas hilang ditemukan di tepi pantai Pulau Terenggoho, Tetabuan.
PERAHU milik warga emas hilang ditemukan di tepi pantai Pulau Terenggoho, Tetabuan.
 ??  ?? PULAU Terenggoho dekat Tetabuan dikatakan ‘lokasi keras’ dan difahamkan sudah berlaku empat kes orang hilang di kawasan terbabit.
PULAU Terenggoho dekat Tetabuan dikatakan ‘lokasi keras’ dan difahamkan sudah berlaku empat kes orang hilang di kawasan terbabit.
 ??  ?? ANGGOTA bomba membawa adik mangsa (kanan) membuat pengecaman perahu dan enjin sangkut yang ditemukan dan ia disahkan milik mangsa.
ANGGOTA bomba membawa adik mangsa (kanan) membuat pengecaman perahu dan enjin sangkut yang ditemukan dan ia disahkan milik mangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia