Utusan Borneo (Sabah)

Dua beradik peragut ditahan polis

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Polis berjaya menahan dua lelaki yang mengambil kesempatan meragut rantai emas seorang wanita di hadapan pusat belibelah yang sesak semasa orang ramai membeli persiapan Hari Raya.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata kedua-dua suspek berumur 43 dan 53 tahun yang juga adik-beradik itu ditahan di sebuah rumah tidak bernombor pada jam 5.15 pagi Rabu.

“Kejadian awal berlaku apabila rantai emas bernilai RM2,000 milik mangsa berumur 49 tahun diragut oleh suspek yang menaiki motosikal pada 14 Jun lalu, jam 2.37 petang.

“Mujurlah anak mangsa berumur 24 tahun mengenalpa­sti muka suspek sebelum polis menjalanka­n kerja risikan dan siasatan,” katanya.

Menurutnya dengan bantuan maklumat yang disalurkan orang awam, polis berjaya menahan kedua-dua suspek dan merampas beberapa barangan termasuk motosikal yang digunakan semasa kejadian.

Tambahnya polis turut merampas resit pajak gadai yang dipercayai diperoleh dari emas milik mangsa dan digadai pada harga RM930.

“Hasil siasatan mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis syabu dan masingmasi­ng mempunyai rekod jenayah lampau mengikut kesalahan dadah, mencuri, memiliki barangan curi dan ugutan jenayah sejak 1993,” katanya.

Chandra berkata suspek kini direman dan disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

 ??  ?? MOTOSIKAL suspek yang dipercayai digunakan semasa
MOTOSIKAL suspek yang dipercayai digunakan semasa
 ??  ?? RANTAI emas mangsa bernilai RM2,000 yang diragut suspek.
RANTAI emas mangsa bernilai RM2,000 yang diragut suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia