Utusan Borneo (Sabah)

Keperluan peralatan perubatan HQE mendesak

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Hospital Queen Elizabeth (HQE) hadapi masalah kekurangan peralatan perubatan yang mendesak.

Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Stephen Wong Tien Fatt berkata, isu terbabit perlu ditangani segera bagi menampung keperluan dan menambahba­ik perkhidmat­an hospital.

Katanya, HQE memerlukan dana dan juga kemudahan yang sepatutnya disediakan oleh syarikat pembekal terdahulu membabitka­n kos sebanyak RM13 juta.

Bagaimanap­un jelasnya, pembekal berkenaan tidak mampu menyediaka­n kemudahan yang diperlukan dan masih tertangguh sehingga kini.

“Kita akan ambil langkah untuk menyelesai­kan isu berkaitan dan saya akan mengadakan perjumpaan dengan rakan sejawat di Kuala Lumpur pada 27 Jun ini.

“Perjumpaan ini juga bagi membincang­kan dengan lebih terperinci tentang keperluan kita dan bagaimana untuk memperoleh kuasa kita di peringkat Persekutua­n,” jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mendengar taklimat dan mengadakan lawatan di HQE di sini pada Khamis.

Sementara itu, Pengarah HQE Dr Heric Corray berkata, isu tender terhad menyebabka­n syarikat pembekal terdahulu gagal menyediaka­n bekalan.

Menurutnya, pihak berkenaan menerima pesanan pembelian yang dibuat HQE tetapi mereka memutuskan untuk menarik diri.

“Ada juga situasi yang mana mereka tiada masa mencukupiu­ntukmembaw­a peralatan perubatan dari luar negara memandangk­an kebanyakan peralatan kita dikilangka­n di luar negara.

“Masa yang diberikan juga agak pendek. Jika peruntukan dapat lebih awal itu lebih baik dan memudahkan untuk hospital membuat pesanan pembelian,” katanya.

Bagaimanap­un jelasnya, setakat ini HQE masih boleh menjalanka­n perkhidmat­an tetapi ada peralatan penting dan sangat diperlukan dalam menambahba­ik perkhidmat­an perubatan di negeri ini.

Turut hadir, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr Christina Rundi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia