Utusan Borneo (Sabah)

Tiada haiwan kebuluran

Haiwan di Taman Hidupan Liar Lok Kawi sihat

- Oleh JOHN TAMBANAN

PENAMPANG: Timbalan Ketua Menteri Christina Liew menafikan dakwaan bahawa haiwan di Taman Hidupan Liar Lok Kawi sedang ‘mati kelaparan’.

Sebaliknya, selepas mengadakan lawatan ke taman itu pada Khamis, beliau yang juga Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar mendapati bahawa haiwan itu kelihatan terlalu makan berlebihan.

“Lawatan di sini hari ini (Khamis) adalah pengalaman untuk saya melihat sendiri. Selepas beberapa hari dan minggu mengenai keributan tentang status dan kedudukan taman hidupan liar, saya dan pegawai kementeria­n saya memutuskan untuk membuat lawatan peribadi ke tempat ini.

“Secara keseluruha­n saya rasa bahawa kita agak gembira dengan keadaan ini, tuduhan bahawa haiwan yang mati akibat kebuluran tidak timbul, sebaliknya sesetengah haiwan kelihatan seperti lebih besar, mereka terlalu gemuk,” katanya sambil menambah, taman itu telah dijaga dengan baik dan bersih.

Minggu lalu, sebuah portal dalam talian melaporkan bahawa sebuah badan bukan kerajaan (NGO) telah menyeru kementeria­n Christina untuk melihat keadaan teruk yang dialami oleh haiwan di taman itu.

Beliau juga menggalakk­an orang ramai untuk meluangkan masa untuk melawat taman hidupan liar lebihlebih lagi pada musim cuti sekolah sekarang.

Sementara itu, Christina juga mencadangk­an agar pengusaha pelanconga­n di negeri ini memasukkan Taman Hidupan Liar Lok Lawi sebagai salah satu tempat pelanconga­n utama di negeri ini kerana banyak haiwan yang dilihat di taman berkenaan boleh ditemui di Sabah.

Mengenai cabaran yang dihadapi oleh taman berkenaan, beliau berkata kementeria­nnya akan bersedia untuk menerajui perancanga­n yang lebih mendalam bagi menangani perkara itu.

“Saya menggalakk­an kementeria­n dan jabatan (Jabatan Hidupan Liar) mengemukak­an apa yang mereka fikir terbaik untuk memperluas­kannya (taman hidupan liar). Berikan cadangan kepada pegawai kanan untuk mereka kemukakan kepada kememteria­n,” katanya.

Beliau menegaskan ia akan sentiasa menjadi cabaran dalam mengekalka­n taman hidupan liar, kerana haiwanhaiw­an baharu akan sentiasa tiba dan memerlukan taman itu untuk menyesuaik­an keadaannya dari semasa ke semasa.

Ketika ditanya mengenai cadangan mendirikan taman hidupan liar kedua di Sugud, Christina berpendapa­t tidak ada keperluan untuk membina sebuah taman lain kerana taman yang ada sekarang masih dapat menampung semua haiwan.

Bagaimanap­un, beliau bersetuju bahawa terdapat keperluan untuk memperbaik­i kemudahan taman sedia ada.

Beliau juga berpendapa­t bahawa lokasi taman yang ada sekarang sangat strategik (kerana berhampira­n dengan pusat bandar) dan oleh itu mudah diakses.

Difahamkan, Taman Hidupan Liar Lok Kawi diberi RM4.2 juta untuk makanan dan RM2.5 juta untuk penyelengg­araan setahun. Rata-rata, ia boleh menjana RM1.5 setahun.

Semasa lawatan itu, Christina diiringi oleh Setiausaha Tetap Kementeria­n Datu Rosmadi Datu Sulai, Pengarah Jabatan Hidupan Liar Augustine Tuuga dan pegawai veterinar dari Taman Hidupan Liar Lok Kawi, Dr Rosa Sipangkui.

“Secara keseluruha­n saya rasa bahawa kita agak gembira dengan keadaan ini, tuduhan bahawa haiwan yang mati akibat kebuluran tidak timbul, sebaliknya sesetengah haiwan kelihatan seperti lebih besar, mereka terlalu gemuk.” CHRISTINA LIEW Timbalan Ketua Menteri

 ??  ?? CHRISTINA (dua dari kiri) memeriksa keadaan di Taman Hidupan Liar Lok Kawi bersama Rosmadi (dua dari kanan), Augustine (tiga dari kanan) dan Rosa (kanan).
CHRISTINA (dua dari kiri) memeriksa keadaan di Taman Hidupan Liar Lok Kawi bersama Rosmadi (dua dari kanan), Augustine (tiga dari kanan) dan Rosa (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia