Utusan Borneo (Sabah)

Tujuh calon Exco Wanita, dua calon Exco Puteri Sabah tanding pemilihan sayap 23 Jun

-

KOTA KINABALU: Umno Sabah meletakkan tujuh calon Exco Wanita Umno Malaysia dan dua calon Exco Puteri Umno Malaysia pada pemilihan sayap parti itu 23 Jun ini.

Antara calon itu adalah Ketua Wanita Umno Sabah Datuk Azizah Mohd Dun yang juga Naib Ketua Wanita Umno Malaysia, yang telah menawarkan diri untuk bertanding Ketua Wanita Umno Malaysia.

Untuk calon Exco Wanita Umno Malaysia seramai lima calon iaitu Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin mempertaha­nkan jawatan Exco Wanita Umno dan Majlis Tertinggi Umno bersama-sama Naib Ketua Wanita Umno Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid yang turut mempertaha­nkan jawatan exco mereka.

Sementara itu, calon Exco Wanita Umno Malaysia yang lain ialah Ketua Wanita Umno Silam Mizma Appehdulla­h, Ketua Wanita Umno Sandakan Noraini Sulong, Ketua Puteri Umno Beluran yang sudah habis tempoh had umur Julie Sabran yang turut menawarkan diri bertanding jawatan exco dan Ketua Wanita Umno Kota Kinabalu Datuk Rosimah Zakaria bagi jawatan Timbalan Pengerusi Tetap Wanita Umno Malaysia.

Pada 22 Mei lalu, Timbalan Presiden Umno yang memangku tugas presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumka­n pemilihan parti peringkat cawangan diadakan pada 19 Mei hingga 10 Jun, diikuti pemilihan ketua sayap (23 Jun) dan pemilihan Majlis Tertinggi Umno (30 Jun).

Sementara itu, Puteri Umno Sabah meletak dua calon Exco Wanita Umno Malaysia iaitu, Ketua Puteri Umno Sipitang Suzie Hamat dan Ketua Puteri Umno Kota Marudu Sh Lydia Sh Dandan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia