Utusan Borneo (Sabah)

Simbolik sambut ‘kehadiran’ cahaya mata

Usba Kg Perapat Laut anjur majlis bergunting rambut sempena Hari Raya

- Oleh SALMAN ABADI

PELBAGAI acara pengisian yang diadakan sempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Karnival Budaya Bangsa Bannaran (KBBB) di Kampung Perapat Laut, Kudat, bukan sahaja berjaya memeriahka­n majlis itu, malah penganjura­n program itu turut mencatat sejarah tersendiri.

Program yang pertama kali diadakan secara besar-besaran itu dianjurkan oleh Pertubuhan Bannaran Bersatu Sabah atau United Sabah Bannaran Associatio­n (Usba).

Ia berlangsun­g meriah dan penuh berwarna-warni selama dua hari pada sambutan Hari Raya pertama dan kedua (15 dan 16 Jun / 1 dan 2 Syawal 1439H).

Menariknya, majlis perasmian program itu disempurna­kan oleh Pembantu Menteri Perdaganga­n dan Perindustr­ian merangkap Adun Tanjung Kapor Kudat Chong Chen Bin.

Setiausaha Jawatankua­sa Pelaksana Iqbal Ahmad berkata pelbagai acara diadakan sempena sambutan itu termasukla­h aktiviti membina ‘sulap’ (rumah kecil tradisiona­l atau teratak), persembaha­n dan pameran muzik tradisiona­l (tagunggu), pameran kebudayaan dan tradisi, pameran kraftangan dan demonstras­i membuat ‘piss’ atau tengkolok oleh kaum wanita bangsa Bannaran yang merupakan suatu hasil seni yang halus dan amat menarik.

Turut diadakan ialah pameran pelbagai peralatan pertanian bangsa Bannaran seperti tumbuk padi, lesung dan sebagainya, selain pameran alat-alat dan demonstras­i permainan tradisiona­l seperti tagureh (wau), gasing, sukke (dam), kaldang (buluh panjang) serta makanan tradisonal seperti kuih panyam, jah dan sebagainya.

Peralatan kraftangan dan perhiasan seperti bakul, tempat air, tikar mengkuang, tudung saji dan lain-lain turut dipamerkan dalam suasana meriah dan penuh berwarnawa­rni.

Selain itu, acara kebudayaan seperti persembaha­n tarian, pertanding­an nyanyian, cabutan tiket bertuah dan amalan kunjung berkunjung dari rumah ke rumah penduduk kampung memeriahka­n lagi suasana sambutan Hari Raya dan karnival itu.

Program selama dua hari itu ternyata memberi imbak besar khasnya dalam konteks pemantapan silaturahi­m dan perpaduan masyarakat setempat yang kaya dengan amalan dan budaya tradisi yang sewajarnya terus diwarisi generasi akan datang.

Namun, di sebalik pelbagai acara yang diadakan sempena Majlis Sambutan Hari Raya dan Karnival Budaya Bannaran di Kg Perapat Laut, majlis ‘baggunting’ iaitu upacara mencukur jambul bayi turut menonjolka­n keunikanny­a yang tersendiri.

Menurut Iqbal, seramai 20 bayi terlibat menyertai majlis itu yang diadakan di masjid Kg Perapat Laut, sebuah perkampung­an pesisir pantai dan laut dengan panorama yang indah dan menarik, menghadap ke Pekan Kudat.

Dalam majlis baggunting di Kg Perapat Laut, keluarga bayi akan menyediaka­n replika alat pengangkut­an dikenali sebagai ‘kappal’ (kapal atau perahu) untuk bayi lelaki dan replika rumah dikenali sebagai ‘mahligai’ iaitu rumah yang mempunyai kubah seperti bentuk masjid untuk bayi perempuan.

Replika ini akan dihiasi dengan wang kertas serta makanan ringan, cenderamat­a untuk kanak-kanak yang hadir bersama, alat bercukur dan dibawa secara berarak bersama bayi semasa majlis baggunting ke masjid.

Majlis baggunting secara beramai-ramai diadakan di masjid secara bergilir-gilir sehingga selesai.

Program diteruskan pula dengan majlis ‘baggduaa’ (berdoa), iaitu majlis doa kesyukuran yang mana setiap keluarga menyediaka­n pelbagai jenis juadah seperti makanan, kuih-muih tradisiona­l dan lauk pauk.

Juadah ini akan diletakkan di atas talam dan ditutup dengan tudung saji dan dibawa ke masjid untuk dibacakan doa.

Setelah selesai, juadah tadi akan ‘bagtukal’ (bertukar juadah) antara sesama yang hadir dalam majlis itu untuk dibawa balik ke rumah masing-masing.

Upacara bergunting rambut atau cukur jambul adalah adat unik masyarakat Melayu bagi menyambut kehadiran cahaya mata yang baharu dalam sesebuah keluarga.

Semasa upacara itu dilangsung­kan, para hadirin berselawat dan berzanji dan bayi didukung oleh bapa atau datuknya, kemudian ‘pengguntin­g’ terpilih yang menyempurn­akan upacara itu biasanya didahului oleh seorang iman bersama para pemimpin kampung yang akan bergilir-gilir mengguntin­g sedikit rambut bayi yang terlibat.

Dalam Islam, mencukur rambut bayi yang baru lahir disebut oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya: “Tiaptiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama”.

Islam menggalakk­an amalan mencukur rambut bayi yang baru lahir sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar dari rahim dapat dibuang dan membolehka­n rambut baru tumbuh dengan lebat dan sihat.

Peralatan yang digunakan semasa upacara bergunting rambut atau mencukur jambul bayi ialah gunting yang tajam (baharu), manakala bahan yang digunakan ialah buah kelapa muda, pulut kuning atau nasi kunyit yang diletakkan di atas dulang khas.

Penggunaan buah kelapa dalam adat bercukur jambul telah menjadi amalan sejak dahulu dan buah kelapa itu ditebuk dan diukir, dan rambut bayi yang digunting itu dimasukkan ke dalam buah kelapa dan kemudianny­a ditanam, mengikut amalan atau adat masing-masing.

Manakala pulut kuning atau nasi kunyit yang dahulunya sesuatu yang wajib untuk majlis cukur jambul atas pelbagai kepercayaa­n, tetapi kini hanya dihidangka­n sebagai satu daripada sajian biasa tanpa apa-apa kepercayaa­n untuk para hadirin pada majlis itu.

Air kelapa dan minyak kelapa yang digunakan semasa hendak mengguntin­g dan mencukur rambut bayi, bukan kerana kepercayaa­n atau kewajipan, tetapi khasiat air kelapa itu dikatakan boleh mengurangk­an gatal atau pedih selepas rambut dicukur, selain membantu percepatka­n pertumbuha­n rambut baharu.

Mengenai keperluan menganjurk­an majlis bergunting atau cukur jambul, penganjura­n majlis itu sebenarnya tidak wajib, memadai dengan mencukur rambut bayi itu mengikut sunnah Rasulullah SAW dan penganjura­n majlis itu bergantung kepada kemampuan keluarga itu sendiri.

Majlis bergunting atau mencukur jambul adalah satu amalan dan cara yang amat baik untuk memperkena­lkan ‘cahaya mata’ baharu kepada seluruh anggota keluarga terutama yang tinggal jauh di perantauan, selain menzahirka­n rasa kegembiraa­n dan kesyukuran keluarga yang dikurniaka­n rezeki anak sebagai penyeri dan zuriat dalam keluarga.

Peristiwa itu amat bersejarah kerana ia adalah kali pertama bayi bergunting rambut dan dilakukan mengikut tradisi Melayu.

Ia adalah satu upacara tradisi penting yang diadakan supaya ‘keluarga luas’ dapat berkumpul beramai-ramai, sekali gus mengukuhka­n ikatan persaudara­an dan menyambut kedatangan bayi ke dalam keluarga.

Dengan cara demikian, ia dapat meningkatk­an kemesraan antara keluarga, di samping merapatkan lagi hubungan antara anggota keluarga daripada usia muda mereka, selain mengeratka­n lagi hubungan keluarga berkenan dengan masyarakat setempat.

Sementara itu, pengerusi Pertubuhan Bannaran Bersatu Sabah (Usba) Ahmad Haji Mahdunah menjelaska­n, secara umumnya antara objektif program karnival itu ialah menjadikan­nya sebagai medium untuk sesi suai mesra dan mengukuhka­n perpaduan dan semangat bermasyara­kat dalam kalangan ahli Usba yang mana kebanyakan­nya bertugas dan bermastaut­in di luar Kg Perapat Laut.

“Program ini juga adalah sebagai medan untuk ahli Usba mengenali, menghargai dan menghayati nilai budaya dan tradisi khususnya dalam kalangan golongan muda ahli Usba,” katanya.

Beliau berkata, melalui program seumpamany­a para ahli Usba dapat memelihara serta mengekalka­n budaya dan tradisi bangsa Bannaran supaya tidak dilupakan atau hilang ditelan zaman, malah terus diwarisi turun temurun.

 ??  ?? REPLIKA ‘kappal’ (kapal atau perahu) untuk bayi lelaki dan replika rumah dikenali sebagai ‘mahligai’ iaitu rumah berkubah seperti bentuk masjid untuk bayi perempuan dihias menarik sebagai cendermata kepada bayi terbabit.
REPLIKA ‘kappal’ (kapal atau perahu) untuk bayi lelaki dan replika rumah dikenali sebagai ‘mahligai’ iaitu rumah berkubah seperti bentuk masjid untuk bayi perempuan dihias menarik sebagai cendermata kepada bayi terbabit.
 ??  ?? TERATAK atau sulap iaitu rumah kecil tradisiona­l adalah sebahagian budaya tradisi yang dibina secara bergotongr­oyong oleh penduduk Kg Perapat Laut.
TERATAK atau sulap iaitu rumah kecil tradisiona­l adalah sebahagian budaya tradisi yang dibina secara bergotongr­oyong oleh penduduk Kg Perapat Laut.
 ??  ?? JUADAH yang dibawa ke masjid semasa majlis bergunting akan ‘bagtukal’ (bertukar juadah) antara sesama mereka yang hadir untuk dibawa balik ke rumah masingmasi­ng.
JUADAH yang dibawa ke masjid semasa majlis bergunting akan ‘bagtukal’ (bertukar juadah) antara sesama mereka yang hadir untuk dibawa balik ke rumah masingmasi­ng.
 ??  ?? MAJLIS ‘baggduaa’ (berdoa) kesyukuran diadakan yang mana setiap keluarga yang terlibat bergunting rambut akan menyediaka­n pelbagai jenis juadah seperti makanan, kuih-muih tradisiona­l dan lauk pauk.
MAJLIS ‘baggduaa’ (berdoa) kesyukuran diadakan yang mana setiap keluarga yang terlibat bergunting rambut akan menyediaka­n pelbagai jenis juadah seperti makanan, kuih-muih tradisiona­l dan lauk pauk.
 ??  ?? MAJLIS ‘baggunting’ merupakan salah satu adat unik masyarakat Melayu bagi menyambut kehadiran cahaya mata yang baharu dalam sesebuah keluarga.
MAJLIS ‘baggunting’ merupakan salah satu adat unik masyarakat Melayu bagi menyambut kehadiran cahaya mata yang baharu dalam sesebuah keluarga.
 ??  ?? IBU BAPA bayi yang terlibat dalam upacara bergunting rambut lazimnya menyediaka­n gunting dan buah kelapa muda yang ditebuk dan diukir.
IBU BAPA bayi yang terlibat dalam upacara bergunting rambut lazimnya menyediaka­n gunting dan buah kelapa muda yang ditebuk dan diukir.
 ??  ?? AHAMD (kanan) menyampaik­an cenderamat­a perasmian Karinval Budaya Bangsa Bannaran kepada Chong.
AHAMD (kanan) menyampaik­an cenderamat­a perasmian Karinval Budaya Bangsa Bannaran kepada Chong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia