Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat Malaysia tetap optimis Wawasan 2020 akan jadi kenyataan

-

KUALA LUMPUR: Walaupun Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri mengakui matlamat Wawasan 2020 hanya boleh dicapai menjelang 2025, sehingga April lepas rakyat Malaysia berkeyakin­an tinggi wawasan itu boleh direalisas­i menjelang tahun 2020.

Tiga tinjauan dari Oktober 2008 hingga April 2018 yang dijalankan oleh Prof Dr Datuk Seri Syed Arabi Idid dari Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) dan Pembantuny­a Azrul Hisyam Wakichan mendapati tahap keyakinan menjangkau lebih 80 peratus dalam kajian sepanjang sedekad itu walaupun angka itu sedikit berkuranga­n pada April 2018.

Dr Mahathir mengilhamk­an Wawasan 2020 1991 dengan matlamat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan lestari bersama satu masyarakat yang maju, demokratik dan makmur.

Bagaimanap­un, selepas Dr Mahathir berundur pada 2003, Wawasan 2020 terpinggir kerana tampuk pemerintah­an Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak memberikan penekanan yang sewajarnya untuk mencapai matlamat wawasan itu.

Syed Arabi, dari Jabatan Kajian Komunikasi UIAM, berkata 83 peratus daripada responden menyuaraka­n keyakinan mereka dalam kajian pertama pada 2008 dan lima tahun kemudian iaitu pada 2013 angka itu meningkat kepada 86 peratus.

Bagaimanap­un, pada April 2018, dengan tinggal kurang dua tahun untuk tahun 2020 menjelang, dan kajian itu dikendalik­an sebelum berlangsun­g “ibu segala pilihan raya” iaitu Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), tahap keyakinan berkurang sedikit ke 81 peratus.

Syed Arabi, bekas rektor UIAM, berkata walaupun keyakinan awam berkuranga­n sedikit pada 2018, secara keseluruha­nnya rakyat Malaysia kekal yakin bahawa matlamat Wawasan 2020 akan tercapai.

Kajian itu juga menunjukka­n kaum hawa serta mereka yang berusia 51 tahun dan ke atas paling yakin matlamat wawasan itu akan tercapai menjelang 2020.

Semakin tinggi taraf pendidikan semakin kurang pula keyakinan mereka yang matlamat Wawasan 2020 akan tercapai dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Beliau juga menunjukka­n ekoran keputusan PRU14 dan pendedahan yang dibuat oleh kerajaan yang baharu, jelas matlamat Wawasan 2020 tidak dapat dicapai dalam tempoh waktu itu.

Lagipun, untuk mencapai matlamat itu, kadar pertumbuha­n tahunan sebanyak tujuh peratus dari 1990-2020 diperlukan untuk meningkatk­an Keluaran Kasar Dalam Negara daripada RM115 bilion kepada RM920 bilion menjelang 2020. Bagaimanap­un, ini tidak dapat dicapai memandangk­an belanjawan defisit dicatatkan tahun demi tahun.

Melihatkan realiti semasa Dr Mahathir, yang kembali berkuasa sekali lagi selepas PRU14 pada 9 Mei lepas, cukup pragmatik untuk melanjutka­n tempoh untuk merealisas­i Wawasan 2020.

Kajian seluruh negara selama 10 tahun itu berhubung pandangan orang ramai akan isu semasa di negara ini merentasi kaum, jantina, umur dan status pendidikan menggunaka­n responden berusia 21 tahun dan ke atas yang dipilih secara rambang.

Bilangan responden dalam kajian pertama adalah seramai 1,336 orang dan angka itu ditingkatk­an dalam dua kajian berikutnya mengambil kira peningkata­n populasi dalam tempoh sedekad itu. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia