Utusan Borneo (Sabah)

Cadangan bina kilang pelupusan sampah moden, kereta elektrik

-

JOHOR BAHRU: Seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) mencadangk­an untuk membina sebuah kilang pelupusan sampah moden dan kilang pengeluara­n kereta elektrik di kawasan Pasir Gudang di sini, sekali gus menyediaka­n peluang pekerjaan kepada orang ramai khususnya penduduk sekitar.

ADUN Permas Datuk Che Zakaria Mohd Salleh berkata beliau sedang mencari masa sesuai untuk membentang­kan cadangan tersebut kepada Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian bagi mendapatka­n kebenaran membangunk­an kilang-kilang berkenaan.

Beliau berkata kilang pelupusan sampah moden itu akan mengguna pakai teknologi dari Finland manakala kilang kereta elektrik pula menggunaka­n teknologi hasil kerjasama syarikat China dan Jepun.

“Kita sedang mencari kawasan sesuai untuk membina kilang kereta elektrik ini tetapi untuk kilang pelupusan sampah, kita sudah ada kawasan yang dilihat sesuai.

“Kajian pembinaan telah dibuat, kertas kerja pun saya sudah buat dan sekarang ini, kita tengah mencari masa yang sesuai untuk kita bentangkan kepada menteri besar, insyaAllah selepas bulan puasa nanti,” katanya ketika ditemui Bernama, baru-baru ini.

Che Zakaria berkata pembinaan tersebut juga akan melihat beberapa contoh dari negara luar bagi mengenal pasti kaedah terbaik untuk melaksanak­an dan memastikan ia sesuai dengan persekitar­an Pasir Gudang.

“Pelabur di Pasir Gudang memang sudah banyak ketika ini, tetapi kita mahu tambah lagi dengan yang lebih baik sebab kita mahu memastikan penduduk atau modal insan yang tinggal di kawasan ini mempunyai pekerjaan dan sumber pencarian,” jelasnya.

Selain itu, Che Zakaria memaklumka­n pihaknya turut merancang beberapa pembanguna­n lain di Pasir Gudang antaranya membina sebuah restoran terapung di Tasik Bandar Seri Alam, yang akan dibentangk­an kepada Majlis Perbandara­n Pasir Gudang (MPPG).

Katanya dengan adanya pembanguna­n-pembanguna­n seumpama ini, beliau juga bercadang untuk menukar nama Pasir Gudang kepada Pasir Gudang Baru. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia