Utusan Borneo (Sabah)

PKR Sibu sasar daftar 10,000 ahli sebelum PRN12

Ahli berdaftar hanya 2,500 sebelum PRU14, namun selepas itu dapat banyak permohonan orang awam

-

SIBU: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Sibu menyasarka­n keahlian seramai 10,000 orang sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 yang dijadual berlangsun­g pada tahun 2021.

Ketua PKR Cabang Sibu Abdul Raafidin Majidi berkata, sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) baru-baru ini, keahlian PKR Sibu yang berdaftar hanya sekitar 2,500 orang.

“Namun selepas PRU pada Mei lepas, kita telah menerima terlalu banyak permohonan daripada orang awam. Setakat ini kita telah menerima secara manual lebih kurang 500 hingga 600 orang.

“Jumlah itu belum termasuk yang mendaftar secara dalam talian. Kita menyasarka­n sebelum PRN akan datang, keahlian ini akan mencapai 10,000 orang,” ujarnya kepada pemberita.

Raafidin ditemui pada Majlis Rumah Terbuka PKR Cabang Sibu di kediamanny­a di Jalan Teruntum, Taman Rajang, malam Selasa.

Ditanya mengenai perancanga­nPKRSibuse­lepas ini, Raafidin berkata, mereka kini memberi fokus kepada PRN12 yang dijadualka­n berlangsun­g pada 2021.

“Kita semua sedia maklum Barisan Nasional (BN) sudah tiada lagi di Sarawak, yang kini diganti dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Sebagai rakyat Sarawak, kita tahu GPS ini adalah BN 2.0. Mereka ini orang yang sama cuma nama sahaja yang berubah,” jelas beliau.

Raafidin menambah, PKR Sibu kini harus bekerja keras untuk memastikan kemenangan­PakatanHar­apan (PH), khususnya PKR di kerusi Dewan Undangan

Negeri (DUN) Nangka. Kerusi DUN Nangka merupakan salah satu kerusi dalam Parlimen Sibu, selain kerusi DUN Bawang Assan dan Pelawan.

Menurut Raafidin lagi, majlis rumah terbuka ini diadakan bagi menyambut Hari Raya serta sebagai tanda terima kasih atas sokongan daripada setiap lapisan masyarakat yang telah membantu PH memenangi PRU yang lepas.

“Jadi majlis kita pada malam ini juga untuk meraikan kemenangan PH,” ujarnya yang merupakan pengamal perundanga­n.

“Namun selepas PRU pada Mei lepas, kita telah menerima terlalu banyak permohonan daripada orang awam. Setakat ini kita telah menerima secara manual lebih kurang 500 ” hingga 600 orang ABDUL RAAFIDIN MAJIDI Ketua PKR Cabang Sibu

 ??  ?? RAAFIDIN (duduk belakang lima kiri) berserta ahli keluargany­a merakamkan kenangan dengan ahli-ahli parti yang hadir pada majlis rumah terbuka PKR Cabang Sibu, malam Selasa.
RAAFIDIN (duduk belakang lima kiri) berserta ahli keluargany­a merakamkan kenangan dengan ahli-ahli parti yang hadir pada majlis rumah terbuka PKR Cabang Sibu, malam Selasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia