Utusan Borneo (Sabah)

367 kes pembakaran terbuka musnahkan kawasan 315 ekar dicatat 1 Jan-17 Jun

-

SIBU: Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Sarawak Nor Hisham Mohammad berkata, sebanyak 367 kes pembakaran terbuka melibatkan keluasan 315 ekar di negeri ini yang direkodkan dari 1 Januari hingga 17 Jun pada tahun ini.

Katanya, jumlah tersebut menunjukka­n kes meningkat sebanyak 18.7 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

“Tanah seluas 315 ekar yang terjejas oleh pembakaran terbuka di Sarawak tahun ini terdiri daripada kawasan ladang, hutan, belukar dan tempat pembuangan sampah,” kata Nor Hisham pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai bilangan kes pembakaran terbuka yang dicatatkan di Sarawak pada tahun ini.

Nor Hisham mendedahka­n bahawa bulan April telah merekodkan bilangan pembakaran terbuka tertinggi iaitu 90 kes.

“Dari 1 hingga 17Jun , pihak JBPM telah merekodkan 75 kes pembakaran terbuka,” ujar beliau.

Justeru beliau menasihati orang ramai agar lebih berwaspada dan berhati-hati semasa melakukan aktiviti pembakaran terbuka.

“Jika melakukann­ya (pembakaran terbuka) untuk aktiviti perladanga­n atau di halaman belakang rumah sekalipun, pastikan ia diawasi sepenuhnya.

“Ini termasukla­h menyediaka­n alat pemadam api termasuk baldi berisi air untuk memadamkan api sekiranya berlaku insiden kebakaran,” jelas beliau.

Katanya, langkah tersebut sangat penting terutamany­a mereka yang melakukan pembakaran terbuka di kawasan tanah gambut.

 ??  ?? NOR HISHAM
NOR HISHAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia