Utusan Borneo (Sabah)

Darah A, B, O kini amat diperlukan HUS

-

KUCHING: Tabung Darah Hospital Umum Sarawak (HUS) merayu kepada orang ramai khususnya para penderma yang telah cukup tempoh pendermaan untuk tampil menderma darah bagi membantu meningkatk­an bekalan darah jenis A, B dan O yang kini di paras rendah.

Perkara ini disebabkan penurunan kadar pendermaan sepanjang bulan puasa yang lepas di mana penderma Muslim mempunyai masa yang terhad untuk menderma darah, selain sibuk dengan persiapan menyambut hari perayaan dalam bulan ini.

Di samping itu, peningkata­n kes-kes pendarahan seperti muntah darah, kes kemalangan yang menyebabka­n pendarahan dalaman, pembedahan yang rumit dan penggunaan bekalan harian darah untuk pesakit-pesakit kanser, leukemia serta thalassemi­a juga menyebabka­n berlakunya kekurangan bekalan darah di HUS.

Justeru, pada hujung minggu ini, Unit Bergerak Kempen Derma Darah akan berada di empat lokasi iaitu pada 23 Jun(Sabtu) di Emart Batu Kawa anjuran Tay Motors dan di Wisma Wan, Tabuan Jaya bermula jam 10 pagi hingga 3 petang.

Pada 24 Jun( Ahad ), Kempen Derma Darah Bergerak akan diadakan di Plaza Merdeka, Aras 2 anjuran Persatuan Belia Cina bermula jam 9 pagi hingga 2.30 petang dan di Vivacity Megamall anjuran 38 Media bermula jam 10 pagi hingga 3 petang.

HUS juga mengalu-alukan penyertaan agensi atau jabatan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan untuk turut sama menganjurk­an Kempen Derma Darah bagi membantu meningkatk­an bekalan darah di Tabung Darah.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Tabung Darah HUS di talian 082-276797 atau 276795.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia