Utusan Borneo (Sabah)

Bengkel pembinaan asas robot dan atur cara perkakasan dapat sambutan pelajar

-

KUCHING: Penganjura­n Bengkel Pengaturca­raan Robotik dan Perkasasan di sini bermula 11 hingga 19 Jun mendapat sambutan menggalakk­an daripada pelajar sekolah menengah sekitar Kuching, Kota Samarahan dan Serian.

Bengkel percuma itu dianjurkan oleh Institut Kejurutera­an Elektrik dan Elektronik, Amarika Syarikat (USA-IEEE) Bahagian Sarawak dengan kerjasama Fakulti Kejurutera­an Swinburne University of Technology Kampus Sarawak disertai kira-kira 150 peserta.

Menurut Pengerusi USAIEEE Cawangan Sarawak Dr Lau Bee Theng, bengkel berkenaan untuk meningkatk­an penguasaan dalam Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (S T E M) dalam kalangan pelajar sekolah di Sarawak menerusi penggunaan robotik.

Sementara itu, jawatankua­sa penganjur merangkap pelatih untuk bengkel itu, Dr Riady berkata, bengkel yang dibahagika­n kepada tiga sesi itu bertujuan memberi pengalaman sebenar dalam pembinaan asas robot dan pengaturca­raan perkakasan.

Sepanjang bengkel itu, para peserta diajar mengenai prinsip-prinsip mudah robot bekerja dan sistem mekatronik serta kemahiran praktikal dalam prototaip litar elektronik dan pengaturca­raan mikropenga­wal dalam cara yang lebih menarik serta menyeronok­kan.

Selain itu, ia juga menyemai minat golongan muda khususnya pelajar dalam STEM, tambahnya.

“Rata-rata para peserta mengatakan bengkel itu telah membantu meningkatk­an lagi pengetahua­n mereka dalam teknologi robotik dan cara mengatur cara robot mini.

“Mereka berharap lebih banyak program seperti itu dianjurkan pada masa akan datang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia