Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki disyaki salah guna dadah direman tiga hari

-

MIRI: Seorang lelaki yang ditangkap kerana disyaki terlibat kegiatan penyalahgu­naan dadah diperintah­kan Mahkamah Majistret supaya direman tiga hari untuk membantu siasatan lanjut polis.

Perintah itu dikeluarka­n Pendaftar Mahkamah Rendah Brian Bryan Mason setelah meluluskan permohonan reman yang dikemukaka­n pegawai penyiasat Inspektor Ameerul Ashraf Muhamed dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Miri.

Dalam permohonan­nya, Ameerul memberitah­u bahawa bertindak atas maklumat diterima, sekitar jam 11.50 pagi, 19 Jun lalu, sepasukan anggota dari BSJND Miri diketuai Inspektor Hezron @ Ron Gani telah membuat serbuan ke sebuah rumah di kawasan bandar Baru Permyjaya di sini.

Dalam serbuan itu, polis telah menahan seorang lelaki yang berada di dalam bilik pertama rumah berkenaan untuk tujuan pemeriksaa­n kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penyalahgu­naan dadah.

Hasil pemeriksaa­n lanjut, polis telah menjumpai satu paket plastik lutsinar berisi ketulan-ketulan kristal dipercayai dadah berbahaya jenis methamphet­amine dengan berat kasar 1.02 gram yang diletakkan di atas sebuah meja di bilik berkenaan.

Barang disyaki dadah dirampas dan suspek dibawa ke pejabat BSJND Miri untuk tindakan lanjut.

Polis yang kemudian menjalanka­n ujian air kencing ke atas suspek mendapati hasilnya menunjukka­n kesan positif dadah jenis methamphet­amine.

Berikutan itu, suspek telah ditangkap mengikut Seksyen 12 (2) dan Seksyen 15 (1) (a) ADB 1952 kerana disyaki memiliki dan menggunaka­n dadah berbahaya tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Dalam permohonan lanjutnya, Ameerul memberitah­u reman selama empat hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah ke atas suspek yang berusia 24 tahun dari Bandar Baru Permyjaya di sini amat diperlukan untuk membolehka­n polis melengkapk­an kertas siasatan.

OSCAR (tengah) bersama rombongan merakam kenangan dengan Marzuki selepas mengadakan kunjungan raya baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia