Utusan Borneo (Sabah)

DAP, PKR Sibu santuni golongan kurang berkemampu­an

-

SIBU: Bagi berkongsi kesyukuran dan kegembiraa­n menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri, Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sibu dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sibu menyampaik­an sumbangan kepada golongan kurang berkemampu­an.

Inisiatif menerusi program amal oleh pemimpin parti untuk membantu meringanka­n beban mereka yang kurang berkemampu­an terutama ketika menyambut perayaan.

PKR Sibu menyampaik­an sumbangan barangan seperti beras,minyakmasa­k,guladan lain-lain barangan keperluan harian dan Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling memberikan hamper perayaan kepada keluarga berpendapa­tan rendah di kawasannya.

Oscar turut meluangkan masa menghadiri majlis rumah terbuka Pengarah Jabatan Laut Negeri Sarawak Marzuki Ibrahim di kediamanny­a di Sibu.

Pada majlis rumah terbuka, mereka membincang­kan mengenai beberapa isu berkaitan marin terutamany­a mengenai perkara yang berkaitan dengan hak rakyat Sarawak.

Sementera itu, Oscar juga dijemput menghadiri majlis ‘ngiling bidai’ di beberapa rumah panjang di kawasannya sebagai tanda perayaan Gawai Dayak telah tamat pada tahun ini.

“Ini adalah keunikan keindahan pelbagai etnik di Malaysia. Setiap kaum memiliki budaya dan adat resam. Sumbangan Raya kepada masyarakat Melayu mengajar kita nilai perkongsia­n.

“Majlis ‘ngiling bidai’ masyarakat Iban sebenarnya sama dengan Chap Goh Mei yang diraikan masyarakat Cina, merupakan masa yang baik untuk menyatukan keluarga dan rakan-rakan,” ujarnya.

 ??  ?? OSCAR (empat kiri), Ahli Parlimen Lanang Alice Lau (empat kanan) bersama pemimpin PKR Sibu dan DAP Sibu menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang keluarga penerima.
OSCAR (empat kiri), Ahli Parlimen Lanang Alice Lau (empat kanan) bersama pemimpin PKR Sibu dan DAP Sibu menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang keluarga penerima.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia