Utusan Borneo (Sabah)

Ditemui mati tergantung

Rakan terkejut mendapati lelaki warga India tergantung dengan tali rafia di kuarters pekerja

-

KUCHING: Seorang lelaki warganegar­a India ditemui mati dalam keadaan tergantung dengan tali rafia terikat pada lehernya di kuarters tempat kerjanya di Kota Sentosa dekat sini, pada Selasa.

Difahamkan, mangsa dikenali sebagai Samidul Sekh, 32, dan disifatkan sebagai seorang yang pendiam oleh rakan-rakannya, kali terakhir dilihat sekitar jam 3 petang ketika berjalan menuju ke biliknya yang terletak di aras dua bangunan komersial tersebut.

“Bagaimanap­un, mangsa tidak turun semula selang beberapa jam dan rakannya terpaksa memanggiln­ya serta mendapati pintu bilik berkunci dari dalam.

“Selepas berkali-kali memanggil mangsa dan tiada respons daripadany­a, rakanrakan­nya menendang pintu tersebut sehingga terbuka dan terkejut apabila melihat mangsa dalam keadaan tergantung dengan tali rafia,” kata sumber.

Menurut sumber, rakanrakan mangsa kemudian segera memaklumka­n perkara tersebut kepada majikan mereka dan seterusnya melaporkan kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Padawan Superinten­den Aidil Bolhassan dalam kenyataann­ya mengesahka­n perkara tersebut dan memberitah­u siasatan telah dijalankan di tempat kejadian.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.

“Pemeriksaa­n awal ke atas badan mangsa tidak menjumpai kesan luka, lebam atau kesan darah dan tiada unsur-unsur jenayah terhadap mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tindakan seterusnya.

“Bedah siasat terhadap mayat mangsa hanya akan dilakukan selepas mendapat kebenaran daripada waris mangsa melalui kedutaan India di Malaysia,” katanya.

Punca kematian mangsa masih dalam siasatan dan kes tersebut setakat ini diklasifik­asikan sebagai mati mengejut (SDR).

 ??  ?? MAYAT mangsa diusung keluar dari biliknya oleh anggota polis untuk dihantar ke HUS.
MAYAT mangsa diusung keluar dari biliknya oleh anggota polis untuk dihantar ke HUS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia