Utusan Borneo (Sabah)

Warga emas disyaki cabul budak dicekup

-

MIRI: Seorang warga emas ditangkap polis petang kelmarin selepas disyaki mencabul kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun di sebuah rumah panjang di Bakong dekat sini.

Ketua Polis Daerah Marudi DSP Gabriel Risut ketika dihubungi mengesahka­n tangkapan tersebut dan menjelaska­n bahawa lelaki berusia 71 tahun itu ditangkap selepas ibu mangsa membuat laporan polis.

“Pada 18 Mei lalu, makcik pengadu telah memaklumka­n kepada pengadu bahawa dia melihat anak pengadu yang sedang bermain di bawah rumah panjang telah diganggu seperti dicabul oleh seorang lelaki warga emas.

“Selepas itu pengadu terus bertanya kepada anaknya apa yang dibuat di bawah rumah panjang, namun anaknya hanya memberitah­u menolong ‘datuk’ terbabit menyusun kayu,” kata Gabriel.

Tidak lama selepas itu, pada 22 Mei, bapa mangsa mendengar sendiri kejadian tersebut melalui orang kampung dan terus berjumpa dengan saksi yang melihat kejadian tersebut.

“Bapa mangsa kemudianny­a bertanya kepada anaknya dan mangsa memberitah­u suspek telah melakukan perkara tidak senonoh kepada dirinya.

“Sejurus itu, bapa mangsa telah memanggil penduduk kampung dan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) untuk menyelesai­kan masalah ini namun tiada jalan penyelesai­an,” katanya.

Difahamkan, pada 7 Jun lalu, sekali lagi perjumpaan bersama ketua kampung diadakan bersama suspek namun suspek enggan mengakui tuduhan terbabit.

Berikutan itu, satu laporan polis dibuat ibu mangsa untuk siasatan lanjut pihak polis.

Gabriel berkata, kes ini disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia