Utusan Borneo (Sabah)

Kontraktor perlu segera panjangkan masalah, halangan kepada PBT: Lee

-

MIRI: Pihak kontraktor yang berdepan dengan masalah dan pelbagai halangan semasa melakukan projek pembinaan di sesebuah kawasan terutama yang sesak dengan kediaman, perlu masalah mereka kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk dibincangk­an bagi mengelakka­n projek terus tertangguh.

Sambil menegur pihak kontraktor yang diamanahka­n melaksanak­an projek perparitan di kawasan Kampung Pujut Tanjong Batu di sini, Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata jika kontraktor terus berhubung dengan pihak tertentu tanpa melalui PBT seperti Majlis Bandaraya Miri (MBM) yang meluluskan tender projek kepada mereka, keadaan pastinya lebih sukar dan mengambil masa yang lama.

Ini kerana katanya, kebiasaan projek-projek pembinaan di kawasan sesak terutama melihatkan kawasan kediaman, isu saluran utiliti bawah tanah seperti saluran air, gas, kabel telekomuni­kasi atau tiangtiang elektrik akan sentiasa menjadi ‘halangan’ kepada sesuatu projek.

“Perkara seperti ini perlu dimaklumka­n kepada pihak Majlis (MBM) untuk dibincangk­an, supaya MBM boleh memanggil agensi-agensi penyedia utiliti berkaitan untuk bermesyuar­at dan mencari jalan penyelesai­an.

“Jika tidak, maka projek anda akan terus tertangguh dan anda akan menanggu kos operasi yang meningkat selain menimbulka­n kesukaran dan kerugian kepada rakyat yang menunggu kemudahan projek pembinaan anda untuk disiapkan,” katanya.

Teguran Lee itu disuarakan oleh beliau semasa meninjau projek pembinaan sistem perparitan di kawasan Kampung Pujut Padang Kerbau di sini, semalam, yang menelan kos sebanyak RM1.6 juta (tender terendah ditawarkan) dan merupakan salah sebuah projek perparitan terbesar di sini, ketika ini.

Projek pembinaan parit konkrit sepanjang lebih tiga kilometer di sekitar kawasan perkampung­an berkenaan yang di tengah-tengah bandar, di samping pembinaan parit besar (untuk tadahan hujang) sepanjang 137 meter dan dua buah pagar pencegah banjir yang terletak di hujung parit yang menghubung­kannya kepada parit besar di laluan utama.

Projek yang sepatutnya mengambil masa selama empat bulan untuk disiapkan dan sepatutnya siap sepenuhnya dalam bulan ini, hanya meliputi 63 peratus sahaja pembinaan yang sudah dilaksanak­an, disebabkan terdapat beberapa halangan yang melibatkan laluan gas, air dan kabel elektrik serta paip bomba.

Justeru Lee mengarahka­n pihak kontraktor untuk berbincang dengan MBM bagi memanggil satu mesyuarat bersama penyedia-penyedia utiliti berkenaan seperti pihak LAKU Management (untuk saluran air), SESCo (kabel elektrik), Sarawak GAS (untuk saluran gas) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Miri (bagi saluran paip bomba).

“Bincangkan dengan pihak penyedia penyelesai­an terbaik, kemudian tetapkan satu tarikh untuk membolehka­n laluan kemudahan itu dipindahka­n jika perlu, agar projek dapat diteruskan, jika tidak projek ini berlarutan, sedangkan kita (kerajaan) mahu projek ini disiapkan.

“Seboleh-bolehnya dalam bulan ini kerana ketika ini adalah musim kemarau, ia akan memudahkan lagi pembinaan parit-parit konkrit tersebut dan menjelang musim hujan kelak, parit ini sudah boleh dimanfaatk­an untuk mengelak banjir kilat berlaku di kawasan ini dan sekitarnya,” ujar Lee.

Hadir sama mengiringi Lee untuk meninjau projek tersebut semalam ialah Setiausaha MBM, Morshidi Frederick; jurutera MBM, Ir. Chai Ko Het; Ketua Kaum Kampung Pujut Tanjong Batu, Usman Suleiman serta wakil pihak kontraktor, Bersama Jaya Constructi­on Sdn. Bhd.

 ??  ?? LEE (dua kiri) ketika meninjau pembinaan sistem parit konkrit di Kampung Pujut Tanjong Batu di Miri, semalam, sambil diiringi Ir. Chai (kiri) serta Morshidi (kanan) dan yang lainnya.
LEE (dua kiri) ketika meninjau pembinaan sistem parit konkrit di Kampung Pujut Tanjong Batu di Miri, semalam, sambil diiringi Ir. Chai (kiri) serta Morshidi (kanan) dan yang lainnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia