Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan akan teruskan projek TRX: Lim

Pembatalan akibatkan kos RM3.51 bilion, KL turut dibelenggu satu projek mega terbengkal­ai

-

KUALA LUMPUR: Projek Tun Razak Exchange (TRX) akan disiapkan, meskipun kerajaan terpaksa menyuntik pembiayaan tambahan sebanyak RM2.8 bilion dan lebih daripada RM3 bilion dana kerajaan untuk TRX City Sdn Bhd (TRXC) telah diseleweng­kan oleh 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB), kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

“Suntikan tambahan RM2.8 bilion, selain RM3.7 bilion yang dipindahka­n sebelum ini ke TRXC, akan menjadikan jumlah pembiayaan oleh kerajaan sebanyak RM6.5 bilion,” katanya.

Lim juga mendedahka­n TRXC tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk kerja-kerja prasarana bagi menyiapkan projek itu dan meminta bantuan kewangan daripada kerajaan.

“Alternatif untuk tidak menyediaka­n pembiayaan RM2.8 bilion dan tidak menyiapkan projek itu, kerajaan terpaksa membayar pampasan RM3.51 bilion, serta Kuala Lumpur akan dibelenggu dengan satu projek mega terbengkal­ai yang besar,” katanya pada sidang akhbar di Putrajaya, pada Khamis.

Menurutnya lagi, selain terpaksa membawar pampasan itu, kerajaan juga akan kehilangan­RM3.7bilionseb­agai kos lepas yang diperuntuk­kan kepada TRXC sebelum ini.

“Kelmarin, Kabinet bermesyuar­at dan memutuskan projek TRX akan disiapkan, dengan pembiayaan kerajaan sehingga RM 2.8 bilion. Keputusan ini akan membantu melenyapka­n kebimbanga­n dalam kalangan pelabur tempatan dan asing yang telah pun melabur berbilion-bilion ringgit dalam projek itu.

“Projek itu juga akan membantu menjana kembali segala dana yang telah diseleweng­kan serta membayar

“Alternatif untuk tidak menyediaka­n pembiayaan RM2.8 bilion dan tidak menyiapkan projek itu, kerajaan terpaksa membayar pampasan RM3.51 bilion, serta Kuala Lumpur akan dibelenggu dengan satu besar.” projek mega terbengkal­ai yang LIM GUAN ENG, Menteri Kewangan

balik semua pinjaman lama, dengan mengambil kira kos peluang dan pelaburan yang telah dibuat. serta meraih lebihan kecil yang akan menampung pelaburan lepas. Penyiapan TRX akan membolehka­n projek tersebut mencapai nilai penuhnya yang sekurang-kurangnya RM7.6 bilion.

“Saya telah mengarahka­n pihak pengurusan TRXC yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Azmar Talib dan Pengarah Eksekutif Tan Hwa Min untuk membuat laporan kepada panel penyiasata­n 1MDB dan kepada polis tentang penyelewen­gan dana RM3.1 bilion oleh 1MDB,” kata Lim.

Beliau berkata Kementeria­n Kewangan akan memastikan suntikan dana itu dibelanjak­an dengan berhemat bagi melindungi kepentinga­n pembayar cukai Malaysia, pelabur TRXC tempatan dan asing sedia ada.

TRXC, pemaju TRX adalah syarikat milik penuh Kementeria­n Kewangan. Sebelum ini, ia dikenali sebagai 1MDB Real Estate Sdn Bhd, iaitu anak syarikat milik penuh 1MalaysiaD­evelopment­Berhad (1MDB).

Atas nasihat Jawatankua­sa Kira-Kira Wang Negara, TRXC telah dipindah milik kepada Kementeria­n Kewangan pada 31 Mac, 2017, kerana ia menghadapi masalah menjalanka­n urus niaga hartanah dan mengalami kesukaran mendapatka­n pembiayaan bank disebabkan oleh hubung kait syarikat itu dengan 1MDB.

Untuk pengetahua­n umum, TRXC adalah pemilik dan pemaju induk dua projek hartanah yang sebelum ini diletakkan di bawah kawalan 1MDB. Dua projek tersebut merangkumi TRX seluas 70 ekar dan Bandar Malaysia seluas 486 ekar.

Sejak 2012, Kerajaan Persekutua­n telah memperuntu­kkan RM3,688 juta melalui jaminan pinjaman, pemberian pendahulua­n, pemindahan­danadanpem­belian tanah daripada TRXC.

Daripada jumlah RM3,688 juta tersebut, RM3,067 juta telah diseleweng­kan oleh 1MDB dan sebahagian besarnya digunakan untuk membayar hutang.

Ini telah mengakibat­kan TRXC kekurangan dana untuk memenuhi tanggungja­wabnya sebagai pemaju induk projek TRX.

Sehingga kini, TRXC sudah menjual beberapa bidang tanah kepada pelabur tempatan dan antarabang­sa seperti Mulia Property Developmen­t (Menara The Exchange 106), HSBC, Affin Bank, Lembaga Tabung Haji, WCT, Lendlease dan IJM (Menara Prudential).

Menara The Exchange 106 dan Menara Prudential dijangka siap dibina pada awal tahun depan. - Bernama

 ??  ?? LIM ketika sidang media di Kementeria­n Kewangan, mengenai projek TRX akan diteruskan walaupun lebih daripada RM3 Bilion Dana Kerajaan Persekutua­n diselewang­kan oleh 1MDB. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif TRX City Ssdn Bhd (TRXC) Datuk Azmar Talib (dua kanan) dan Ketua Pegawai Operasinya Tan Hwa Min (kanan).
LIM ketika sidang media di Kementeria­n Kewangan, mengenai projek TRX akan diteruskan walaupun lebih daripada RM3 Bilion Dana Kerajaan Persekutua­n diselewang­kan oleh 1MDB. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif TRX City Ssdn Bhd (TRXC) Datuk Azmar Talib (dua kanan) dan Ketua Pegawai Operasinya Tan Hwa Min (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia