Utusan Borneo (Sabah)

Kenanga Investors lancar Kenanga Growth Fund Series 2

-

KUALA LUMPUR: Kenanga Investors Berhad (Kenanga Investors) telah melancarka­n Kenanga Growth Fund Series 2 (KGFS 2 atau Dana).

Dana ini berusaha mencapai pertumbuha­n modal jangka panjang bagi pelabur dengan melabur terutamany­a dalam portfolio terpelbaga­i ekuiti dan sekuriti berkaitan ekuiti syarikat-syarikat pertumbuha­n Malaysia dan asing dengan model perniagaan yang mampan.

Strategi peruntukan taktikal Dana membolehka­n portfolio berusaha mencapai pertumbuha­n dalam keadaan pasaran yang positif dan juga melindungi modal dalam keadaan pasaran yang kurang baik.

Prestasiny­a dinilai berasaskan tanda aras pertumbuha­n lapan peratus setahun dan dibenarkan melabur sehingga 30 peratus daripada dana dalam pelaburan serantau sebagai sebahagian daripada strategi peruntukan asetnya.

“Kami telah mencatatka­n kejayaan besar melalui Dana utama kami, Kenanga Growth Fund (KGF) dan kami bercadang untuk menyusun langkah serupa dengan KGFS 2. Setakat ini, saiz dana KGF berjumlah RM1,395.68 juta sejak pelancaran­nya pada 2000,” kata Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kenanga Investors, Ismitz Matthew De Alwis.

“Ramai pelabur bertanya tentang kemungkina­n melancarka­n siri baharu ini dan kami gembira untuk menawarkan­nya kepada orang ramai pada waktu ini.

“KGFS 2 akan memanfaatk­an sepenuhnya gaya pelaburan Kenanga Investors yang menggunaka­nkaedahpem­ilihan saham dari bawah ke atas dengan memberi tumpuan kepada syarikat-syarikat dengan asas yang kukuh dan rekod pencapaian terbukti,” tambahnya.

Ketua Pegawai Pelaburan Lee Sook Yee mengulas, “Kami mencari syarikat berteraska­n model perniagaan mampan, pendapatan telus dan lembaran imbangan kukuh apabila memilih saham. Selain daripada mencapai peningkata­n modal menerusi pelaburan dalam syarikat yang berpotensi mencapai pertumbuha­n di Malaysia dan luar negara, Dana ini berusaha mengurangk­an risiko kejatuhan menerusi portfolio terpelbaga­i yang tidak dikekang oleh sebarang penanda aras.”

“Kami berusaha untuk memenuhi keperluan pelanggan dan menyediaka­n penyelesai­an bagi mempelbaga­ikan risiko portfolio mereka. Kami akan terus memanfaatk­an model perniagaan berbilang sudut dan pengkhusus­an pelaburan kami untuk menawarkan campuran produk yang menyeluruh,” katanya.

Dana akan disediakan dalam kelas MYR dan USD sekali gus memberikan pilihan kepada pelabur untuk melabur dalam mata wang pilihan masingmasi­ng. Jumlah pelaburan minimum ialah RM1,000 (kelas MYR) atau USD250 (kelas USD) dan ditawarkan di seluruh negari.

Untuk maklumat lanjut tentang Kenanga Investors, sila layari www.kenangainv­estors. com.my

*Kadar ini bukan pulangan terjamin, tetapi penanda aras untuk mengukur prestasi Dana. Dana mungkin berjaya atau gagal mencapai pulangan terkompaun tahunan sasaran lapan peratus setiap tahun tetapi menetapkan sasaran untuk mencapai tahap pertumbuha­n ini dalam jangka panjang meliputi tempoh tiga hingga lima tahun.

 ??  ?? LEE (kiri) dan Ismitz (kanan) pada pelancaran itu.
LEE (kiri) dan Ismitz (kanan) pada pelancaran itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia