Utusan Borneo (Sabah)

Eksport Jepun berhadapan risiko perlindung­an perdaganga­n

-

KUALA LUMPUR: Peningkata­n perlindung­an di kalangan rakan dagangan menjadi sebahagian daripada risiko yang akan menjejaska­n eksport Jepun pada separuh kedua 2018.

RAM Ratings Services Bhd (RAM Ratings) berkata eksport yang kukuh hanya boleh mengurangk­an kesan daripada permintaan domestik yang terjejas yang sebahagian besarnya menjadi punca penyusutan 0.2 peratus yang direkodkan dalam keluaran dalam negara kasar bagi suku pertama 2018 Jepun.

“Walaupun pertumbuha­n eksport berterusan dalam tempoh lima bulan pertama pada 2018, risiko penurunan eksport pada masa depan semakin meningkat berikutan peningkata­n langkah perlindung­an yang dibuat oleh rakan-rakan dagangan Jepun,” kata Ketua Penafaran Kedaulatan, Esther Lai.

RAM Ratings berpendapa­t bahawa ketegangan polisi perdaganga­n antara Amerika Syarikat (AS) dan China boleh menjejaska­n Jepun memandangk­an tarif Amerika ke atas eksport Cina mampu memberi kesan kepada pengeluar Jepun yang mendirikan kilang di China.

Di samping itu, dengan lebihan dagangan sejumlah AS$3.1 bilion (AS$1 = RM4.00) dengan AS, Jepun boleh dikenakan tarif baharu ke atas eksport kereta dan alat ganti ke AS, melebihi tarif semasa yang dikenakan ke atas produk-produk logam Jepun.

“Ketegangan perdaganga­n yang semakin meningkat daripada dasar-dasar pelindunga­n AS mungkin akan memberi impak kepada sentimen perniagaan,” tambahnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia