Utusan Borneo (Sabah)

E-dompet Boost sasar empat juta pengguna menjelang akhir tahun

-

KUALA LUMPUR: Aplikasi e-dompet tempatan, Boost menyasar dapat menarik kira-kira empat juta pengguna menjelang akhir tahun ini.

Sejak dilancarka­n pada Januari tahun lepas, 2.5 juta pengguna telah memuat turun aplikasi berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Christophe­r Tiffin berkata: “Apa yang penting ialah memastikan pelanggan menggunaka­n Boost untuk berurus niaga dengan mudah dan mengalami pengalaman yang menyeronok­kan dalam setiap transaksi.

“Kami mempunyai ciri-ciri yang unik untuk pengguna, lebih daripada hanya e-dompet, tetapi juga mendigital­kan gaya hidup mereka sehari-hari,” katanya kepada pemberita pada taklimat mengenai ciriciri terkini aplikasi itu di sini kelmarin.

Ciri-ciri baharu berkenaan termasuk membolehka­n pengguna membuat bayaran tempat letak kereta di kebanyakan jalan utama di sekitar Lembah Klang dan membayar bil utiliti mereka dengan rakan kerjasama seperti Telekom Malaysia, Astro dan Syabas.

Boost juga memperkena­lkan ciri utama yang membolehka­n pengguna menyalurka­n sumbangan kepada organisasi amal termasuk Tabung Harapan Malaysia dan Tabung Bersamamu oleh Media Prima.

Selain itu, hingga akhir Syawal, bagi setiap ganjaran ‘shake’ (ciri-ciri tunai balik e-dompet) ke-10, Boost akan mendermaka­n RM1 kepada Tabung Harapan Malaysia.

Bagi menyemarak­kan lagi bahang Piala Dunia 2018, B o o s t turut memperkena­lkan ‘Boost Cup 2018’, permainan meneka pemenang setiap perlawanan sempena Piala Dunia FIFA di mana pengguna berpeluang memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM90,000 dalam ‘Boost Wallet’ mereka. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia