Utusan Borneo (Sabah)

Tan Chong peroleh hak pengedaran eksklusif koc, bas King Long di Malaysia

-

KUALALUMPU­R:TanChong Motor Holdings Bhd (TMCH), menerusi anak syarikatny­a, TC Trucks Sales Sdn Bhd (TCTS), memperoleh hak pengedar tunggal dan eksklusif bagi koc dan bas Xiamen King Long United Automotive Industry Co Ltd yang berpangkal­an di China, di Malaysia.

TCMH berkata perjanjian itu sama seperti yang dimeterai oleh unit milik penuhnya, TC Motor Vietnam Co Ltd, dengan King Long pada Januari lepas, di mana unit itu muncul sebagai pengedar tunggal dan eksklusif, pemasang dan penyedia perkhidmat­an selepas jualan bagi koc King Long model XMQ6829Y di Vietnam.

“King Long sudah biasa dengan peraturan jualan dan selepas jualan Malaysia, serta keadaan pasaran (tempatan).

“Mereka menimba pengalaman menerusi penyertaan mereka dalam tender tempatan menerusi pengedar sebelum ini di Malaysia, yang mana mereka dapat memperoleh dan mematuhi syarat-syarat tender yang ketat,” kata syarikat itu dalam maklumanny­a kepada Bursa Malaysia kelmarin.

TCMH berkata tempoh awal pengedaran adalah bagi lima tahun dan TCTS dijangka memulakan jualan kenderaan King Long dalam suku keempat 2018.

Modal kerja yang diperlukan bagi segmen baharu King Long bagi tempoh lima tahun pertama operasi dianggarka­n RM6.5 juta dan akan dibiayai menerusi dana dalaman TCMH Group.

“Perniagaan King Long tidak akan memberi sumbangan ketara kepada hasil dan keuntungan TCMH Group bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Dis, 2018, tetapi dijangka memberi sumbangan positif kepada perolehan TCMH Group bagi tempoh jangka panjang,” kata kumpulan itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia