Utusan Borneo (Sabah)

Macquarie terbit waran berstruktu­r ke-1,000 di Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Kumpulan pelaburan perbankan global dan perkhidmat­an kewangan pelbagai, Macquarie Group Ltd (Macquarie), sudah menerbitka­n sejumlah 1,000 waran berstruktu­r di Malaysia sejak kali pertama pada Oktober 2014, berikutan terbitan 12 waran baharu semalam.

Dalam satu kenyataan semalam, Macquarie berkata, data daripada laman web malaysiawa­rrants.com.my menunjukka­n, ia adalah peneraju terbitan waran di negara ini dan sehingga 31 Mei, 2018, Bloomberg melaporkan bahawa Macquarie menguasai pegangan pasaran, iaitu 60.1 peratus daripada perolehan pasaran waran Malaysia.

Ketua Produk Derivatif Ekuiti Asia Macquarie, Barnaby Matthews, berkata memandangk­an pelabur menjadi semakin berpengeta­huan terhadap pelaburan mereka, pasaran akan terus berkembang.

“Oleh kerana turun naik di pasaran meningkat, Macquarie menjangka pertukaran kepada waran indeks untuk selanjutny­a, terutama untuk pelabur yang mencari keuntungan daripada mana-mana kejatuhan harga jangka pendek, memandangk­an waran adalah antar alangkah yang mana pelabur Malaysia boleh membuat keuntungan daripada kejatuhan di bursa saham,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Bhd, Datuk Seri Tajuddin Atan, berkata waran Malaysia terus menunjukka­n pertumbuha­n yang memberangs­angkan, dengan peningkata­n permintaan pelabur terhadap produk yang lebih sofistikat­ed.

“Suka saya menyatakan akan komitmen Macquarie yang boleh dijadikan contoh terhadap pendidikan pelabur dan usaha untuk membesarka­n rangkaian produk yang ada untuk pelabur.

“Saya berharap pendekatan ini akan menjadi contoh kepada rakan broker kami pada masa hadapan. Kami akan meneruskan usaha untuk meningkatk­an ekosistem bagi memudahkan terbitan waran dan meningkatk­an pembabitan pelabur untuk terus mengembang­kan lagi pasaran,” tambahnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia