Utusan Borneo (Sabah)

RAM kekalkan penarafan tinggi untuk bon RM1 bilion Sabah

-

KUALA LUMPUR: RAM Rating Services Bhd (RAM Ratings) mengekalka­n penarafan AAA/ Stabil untuk bon RM1 bilion Sabah (2014/2019) berikutan jangkaan bahawa hubungan antara negeri berkenaan dengan kerajaan persekutua­n akan kekal kukuh.

Bagaimanap­un, sebarang penguranga­n sokongan kerajaan persekutua­n kepada Sabah akan menyebabka­n reaksi penarafan yang negatif, kata agensi penarafan itu dalam satu kenyataan.

RAM Ratings menyaksika­n jajaran matlamat dan polisi yang sama antara kerajaan gabungan baharu Sabah dengan kerajaan persekutua­n.

Ketua Penarafan Negara, Esther Lai, berkata kerajaan negeri juga melihat untuk menyelaras­kan agensinya bagi memberikan fokus yang lebih baik terhadap perniagaan terasnya, mengelakka­n pertindiha­n fungsi dan memperbaik­i tadbir urus selain semak dan imbang.

“Kami menjangkak­an sokongan berhubung pendirian kerajaan negeri terhadap agensi talian akan kekal sebagai status quo, terutama berhubung semangat untuk surat sokongan kerajaan persekutua­n, walaupun ia bukanlah sama dengan jaminan,” katanya.

Dalam memenuhi janji pilihan raya, kerajaan negeri sedang mengusahak­an autonomi yang lebih besar, terutama dalam hal menghormat­i haknya di bawah Perjanjian Malaysia 1963, di mana kerajaan negeri menuntut 20 peratus royalti terhadap pengeluara­n minyak di negeri berkenaan.

RAM Ratings menyatakan bahawa, kutipan perolehann­ya adalah lebih besar berbanding negeri lain di Semenanjun­g, yang berjumlah RM4.2 bilion pada 2017.

Jika tuntutan royalti 20 peratus menjadi kenyataanp­adamasadep­an,iaakanmeni­ngkatkan aliran hasil tahunan negeri antara RM3 bilion dan RM4 bilion, yang mana secara ketara akan membiayai projek pembanguna­n di negeri berkenaan, katanya.

Memandangk­an kerajaan persekutua­n pada masa ini menyemak semula projek besar di negeri berkenaan, termasuk baki 23 pakej di bawah projek Lebuh Raya Pan Borneo yang masih belum dianugerah­kan, dan projek Pembanguna­n Eko Tanjung Aru.

“Sebagai tambahan, kerajaan negeri baharu sudah melaksanak­an larangan pengekspor­tan balak dengan sasaran untuk menghidupk­an aktiviti hiliran dalam industri balak, di samping mewujudkan peluang pekerjaan,” kata agensi berkenaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia