Utusan Borneo (Sabah)

Bintang ‘Wrinkle’ Storm Reid pegang nasihat Oprah

-

DIA belum lagi berusia 15 tahun tetapi bintang cilik Storm Reid cukup bijaksana untuk sudah mempelajar­i beberapa perkara tentang kehidupan – paling penting di antaranya daripada Oprah Winfrey.

Legenda rancangan bual bicara dan taikun media itu menjadi mentor bagi pendatang baharu kelahiran Atlanta itu di set penggambar­an filem fantasi sains fiksyen terbitan Disney ‘A Wrinkle in Time’ yang dikeluarka­n Mac lalu.

“Dia kata, ‘Jangan membuang tenaga ke atas perkara yang anda tidak dapat ubah dalam hidup anda sedangkan anda dapat menggunaka­n tenaga itu ke atas perkara lain yang positif’, Itu adalah moto kehidupan saya,” kata Reid kepada AFP.

Bercakap di atas permaidani merah di Anugerah Televisyen dan Filem MTV di Los Angeles, Reid dia “amat tertarik sekali” ketika dia berjumpa dengan Winfrey, yang dibesarkan dalam kemiskinan dan menjadi bilionair kulit hitam pertama di Amerika.

“Kepala saya meletup! Dan apabila saya memasuki bilik, dia tahu nama saya,” kata Reid mengenai pertemuan pertama mereka sebelum penggambar­an bermula di Los Angeles pada November 2016.

“Dia berkata ‘Ah - Storm’ dan saya kata ‘Ya Tuhanku, dia tahu nama saya’. Saya begitu teruja sekali.”

Pengkritik kejam mungkin menyatakan bahawa nasihat Oprah akan lebih berjaya dalam kes ‘Wrinkle’ yang dihentam oleh pengkritik dan mengaut kerugian yang dianggarka­n sebanyak AS$186 juta.

Bagaimanap­un Reid menganggap pengalaman berlakon dalam filem blockbuste­r pertamanya sebagai “menakjubka­n”, dan menambah “untuk melihat filem saya memberi impak ke atas begitu ramai orang amat menakjubka­n sekali”.

Seterusnya ialah siri drama orang dewasa muda terbitan HBO ‘Euphoria’ di mana Reid berlakon bersama with Zendaya (‘Spider-Man: Homecoming’, ‘The Greatest Showman’).

“Ia pada asasnya mengenai drama remaja, cinta, pembohonga­n dan dadah,” kata Reid.

“Walaupun ia adalah topik yang berat, saya rasa seperti ia menggarisk­an apa yang sedang berlaku di dunia sekarang.”

Majlis anugerah itu, yang dihoskan pada tahun ini oleh pelawak Tiffany Haddish, telah melihat ke tepi di Hollywood sejak 1992, dengan memberi anugerah “jagung bertih emas” kepada penerima penghormat­an.

Calon diputuskan oleh penerbit dan eksekutif MTV, manakala pemenang dipilih oleh orang awam, yang mengundi dalam talian.

Perayaan tahunan budaya pop remaja diperkemba­ngkan pada tahun lepas untuk merangkumi televisyen, dan menjadi satu program secara langsung, tetapi MTV kembali kepada rakaman awal pada kali ini.

Penggambar­an diadakan Sabtu lepas dalam sebuah bangsal di Lapangan Terbang Santa Monica, dan MTV merahsiaka­n pemenang sehingga majlis itu disiarkan ke seluruh negara pada Isnin.

‘Black Panther’, filem adiwira bersejarah yang telah menjadi filem kesembilan paling laris sepanjang zaman, mendahului pencalonan dengan tujuh.

Di tempat kedua dengan enam pencalonan adalah ‘Stranger Things’, siri Netflix tentang kejadian ghaib di sebuah bandar kecil di Indiana. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia