Utusan Borneo (Sabah)

Jawatakuas­a khas adakan rundingan

Isu monopoli Bernas sebagai pengimport tunggal beras

-

KUALA LUMPUR:Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani serta Jawatankua­sa Khas diketuai Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan mengadakan siri rundingan bersama Syarikat Padiberas Nasional Berhad (Bernas) bagi mengkaji isu monopoli Bernas sebagai pengimport tunggal beras negara.

Menterinya Salahuddin Ayub berkata jawatankua­sa itu juga akan bermesyuar­at bagi mengemukak­an satu model baharu berhubung penamatan perjanjian konsesi Bernas yang akan berakhir pada 2021.

“Model tersebut akan dibawa dan dibincangk­an di Kabinet, selepas itu akan dihuraikan kepada rakyat dan semua yang berkepenti­ngan, bagaimana operasi model baharu tersebut setelah (perjanjian bersama) Bernas ditamatkan.

“Kita akan melihat kepada keputusan Bernas itu sendiri kerana konsesinya akan tamat pada 2021, terpulang kepada Bernas namun akan ada siri rundingan dan konsultasi antara kementeria­n, jawatankua­sa khas dan Bernas,” katanya selepas menjadi tetamu dalam program Temu Bual Eksklusif Bernama Radio di sini, pada Khamis.

Salahuddin sebelum ini dilaporkan berkata penamatan monopoli Bernas akan membentuk pasaran yang lebih terbuka kepada hasil padi dan beras di negara ini, antara lain dengan mewujudkan persaingan yang sihat antara syarikat yang terlibat dalam industri padi dan beras negara.

Dalam pada itu, Salahuddin berkata kementeria­nnya komited dalam membangunk­an sektor agropelanc­ongan.

“Sebanyak RM3 juta diperuntuk­kan dalam Bajet 2018 bagi tujuan tersebut dan saya telah lihat semua peruntukan yang ada, ia menjadi iltizam saya bahawa apa yang ada ini kita ‘deliver’ (laksanakan) dengan cepat, tiada kerenah birokrasi, saya wujudkan ‘fast track’ dalam ‘delivery system’ supaya ia sampai cepat kepada golongan sasar,” katanya.

Menurutnya perbincang­an akan diadakan dengan kementeria­n lain sebagai satu inisiatif bersepadu untuk menjadikan agropelanc­ongan sebagai elemen yang penting.Bernama

“Model itu akan dibawa dan dibincangk­an di Kabinet, selepas itu akan dihuraikan kepada rakyat dan semua yang berkepenti­ngan, bagaimana operasi model baharu tersebut ” setelah (perjanjian bersama) Bernas ditamatkan. SALAHUDDIN AYUB, Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani

 ??  ?? SALAHUDDIN ketika temu bual eksklusif Bernama Radio bersama Menteri Pertanian di Wisma Bernama pada Khamis.
SALAHUDDIN ketika temu bual eksklusif Bernama Radio bersama Menteri Pertanian di Wisma Bernama pada Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia