Utusan Borneo (Sabah)

PM New Zealand lahir bayi perempuan

Menjadi pemimpin dunia kedua yang berbuat demikian ketika memegang kuasa

-

AUCKLAND: Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern melahirkan bayi perempuan di sebuah hospital di Auckland semalam untuk menjadi pemimpin dunia kedua yang berbuat demikian ketika memegang kuasa.

Ia adalah anak pertama pemimpin berusia 37 tahun itu dengan suaminya yang berusia 40 tahun, Clarke Gayford, dan bayi baharu itu seberat 3.3 kilogram.

“Saya pasti kita sedang mengalami semua emosi yang dialami ibu bapa baharu, tetapi pada waktu yang sama berasa begitu bersyukur di atas segala kebaikan dan ucapan selamat daripada begitu ramai orang. Terima kasih,” kata Ardern.

Beliau menambah dalam Instagram bahawa bayinya sihat dan cergas.

“Semua kami sihat, terima kasih kepada pasukan yang hebat di Hospital Bandar Raya Auckland.”

Ardern yang berkarisma mencontohi perdana menteri Pakistan Benazir Bhutto pada 1990 sebagai dua wanita dalam rekod sejarah yang melahirkan anak ketika memegang kuasa, tetapi beliau menepis kepentinga­n perkara itu.

“Ramai orang menimbang banyak perkara dalam kehidupan peribadi dan sulit mereka, dan saya tidak luar biasa dalam perkara itu. Ramai wanita pernah menjalanka­n pelbagai tugasan sebelum saya, dan saya mahu mengiktira­f perkara itu,” katanya ketika memaklumka­n tentang kehamilann­ya pada Januari lalu.

Kelahiran itu melengkapk­an tahun yang penuh peristiwa bagi Ardern yang menjadi perdana menteri pada Oktober lalu, tiga bulan selepas beliau mewarisi kepimpinan Parti Buruh ketika ia berada pada kedudukan yang buruk dalam pilihan raya.

Apabila tidak ada parti yang mendapat sokongan yang mencukupi dalam pilihan raya untuk membentuk kerajaan, beliau dipilih untuk menjadi perdana menteri oleh pemimpin parti New Zealand First, Winston Peters, penentu kuasa dalam perikatan tiga parti yang turut merangkumi Parti Hijau.

Peters, yang menjadi timbalan Ardern, kini menjadi pemangku perdana menteri sementara Ardern bercuti bersalin selama enam minggu, tetapi beliau akan terus dibawa berunding dalam isu-isu signifikan.

Ketua pembangkan­g di New Zealand, Simon Bridges menyampaik­an ucapan tahniah.

“Menjadi ibu bapa adalah satu kegembiraa­n dan satu keistimewa­an dan kami pasti bayi baharu anda akan mengisi kehidupan anda dengan segala kebahagiaa­n yang telah diberikan oleh anak-anak kita kepada kita,” katanya.

Ardern, yang enggan bercakap mengenai rancangan untuk menjadi ibu sewaktu kempen pilihan raya, menunggu sehingga Januari lalu untuk mendedahka­n dalam Facebook bahawa beliau me-ngandung dan akan menjadi “perdana menteri dan seorang ibu”.

Rancangann­ya untuk membina keluarga telah mencetuska­n perbalahan seksisme sewaktu pilihan raya apabila seorang pengacara televisyen menyoalnya mengenai isu itu, dengan menyatakan pengundi berhak untuk tahu sebelum mereka mengundi.

Beliau menolak cara soalan yang diajukan sebagai “tidak dapat diterima”, dan berkata kehamilan dan membesarka­n anak tidak harus melarang peluang wanita di tempat kerja.

“Ia adalah keputusan seorang wanita mengenai bila mereka memilih untuk melahirkan anak dan ia tidak harus menentukan sama ada mereka diberi kerja atau peluang pekerjaan ataupun tidak,” katanya kemudian.

Bhutto di Pakistan, yang dibunuh pada 2007, melahirkan anak perempuann­ya Bakhtawar pada Januari 1990 dan sekarang Bakhtawar menggambar­kan diri dalam Twitter sebagai “anak pertama dilahirkan seorang perdana menteri wanita yang memegang kuasa”.

Ardern dijadual melahirkan kandungan pada 17 Jun lalu dan berkata beliau tidak mahu kehamilann­ya berlarutan.

Perdana menteri itu dan Gayford, yang menjadi pengacara sebuah program mengail di televisyen, tahu jantina bayi mereka selama beberapa bulan tetapi memutuskan untuk merahsiaka­nnya daripada orang ramai. — AFP

“Ramai orang menimbang banyak perkara dalam kehidupan peribadi dan sulit mereka, dan saya tidak luar biasa dalam perkara itu. Ramai wanita pernah menjalanka­n pelbagai tugasan sebelum saya, dan saya mahu mengiktira­f itu.” perkara JA-CINDA ARDERN Perdana Menteri New Zealand

 ?? — Gambar AFP ?? GAMBAR yang diambil daripada akaun Instagram @jacindaard­ern semalam menunjukka­n Ardern dan suaminya bergambar bersama bayi perempuan mereka yang baharu dilahirkan di Hospital Bandar Raya Auckland.
— Gambar AFP GAMBAR yang diambil daripada akaun Instagram @jacindaard­ern semalam menunjukka­n Ardern dan suaminya bergambar bersama bayi perempuan mereka yang baharu dilahirkan di Hospital Bandar Raya Auckland.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia