Utusan Borneo (Sabah)

Jutawan Australia arah bunuh bekas rakan niaga kena penjara 39 tahun

-

SYDNEY: Seorang pemaju hartanah jutawan mungkin akan meninggal dunia di dalam penjara selepas dia dijatuhi hukuman penjara selama 39 tahun semalam kerana mengarahka­n pembunuhan seorang bekas rakan perniagaan di sebuah bandar pinggir Sydney yang mewah.

Ron Medich, 70, pada April lalu didapati bersalah mengarahka­n pembunuhan taikun harta-nah kelahiran Scotland, Michael McGurk, pada 2009 dan kerana mengatur ugutan ke atas isterinya.

McGurk ditembak pada bahagian kepala oleh seorang lelaki bersenjata di hadapan anak lelakinya yang muda ketika beliau melangkah keluar dari kereta Mercedesny­a di bandar tepi pelabuhan Cremorne.

Medich dan McGurk terbabit dalam perkongsia­n pembiayaan dan hartanah bernilai jutaan dolar sebelum hubungan mereka menjadi buruk.

“Mengarahka­n dan membiayai pembunuhan seorang manusia lain adalah satu jenayah yang pada asasnya kejam dan dibenci,” kata Hakim Mahkamah Agung New South Wales Geoffrey Bellew dalam penghakima­nnya.

Beliau juga menganggap keputusan Medich untuk mengarahka­n ugutan ke atas Kimberley McGurk tidak sampai setahun kemudian sebagai “tidak berhati perut” dan “semula jadi kejam”.

Medich menghadapi perbicaraa­n pada tahun lepas tetapi juri tidak dapat mencapai keputusan dalam kes berprofil tinggi itu.

Perbicaraa­n kedua bermula pada Januari lalu, dan juri mendapatin­ya bersalah bagi kedua-dua jenayah. Dia layak untuk dibebaskan dengan parol pada 2048.

Empat lelaki lain sudah dipenjara bagi pembunuhan itu tetapi polis tidak dapat membuktika­n siapa sebenarnya yang menarik picu pistol.

McGurk menarik perhatian antarabang­sa pada 2007 apabila dia cuba tetapi gagal untuk menyaman Sultan Brunei berhubung satu perjanjian yang didakwa bernilai AS$8 juta (RM30.4 juta) untuk membeli senaskhah al-Quran kecil yang digarisi emas berusia 400 tahun. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia