Utusan Borneo (Sabah)

Ribuan warga Romania protes tindakan hambat usaha memerangi gejala rasuah

-

BUCHAREST: Ribuan warga Romania menunjuk perasaan kelmarin untuk membantah tindakan melonggark­an undang-undang jenayah yang mereka percaya akan menghambat usaha memerangi gejala rasuah.

Penunjuk perasaan di ibu negara, Bucharest, di mana kira-kira 5,000 berhimpun, melaung “Kami tidak akan tunduk” dan “Pencuri”.

Di tengah-tengah kawalan keselamata­n yang ketat, pergelutan berlaku dengan anggota polis beberapa kali sewaktu rapat umum itu.

Demonstras­i itu diadakan ketika parlimen negara, yang didominasi haluan kiri, pada Isnin lepas meluluskan pindaan kepada kod prosedur jenayah yang menurut pembangkan­g akan melindungi pesalah.

Perubahan itu mengurangk­an jumlah kesalahan yang boleh menyebabka­n seseorang itu ditahan reman dan membataska­n dengan drastik tempoh siasatan.

Menurut presiden haluan kanan tengah, Klaus Iohannis, yang kerap berbalah dengan kerajaan sayap kiri, beberapa pindaan memihak kepada Liviu Dragnea, ketua parti pemerintah Parti Demokrat Sosial (PSD).

Dragnea dapat memohon “semakan semula” ke atas hukuman tertangguh selama dua tahun bagi kesalahan menipu dalam pilihan raya yang sejak 2016 telah menghalang­nya daripada bertanding untuk jawatan perdana menteri.

Dia juga berdepan dengan pendakwaan bagi kesalahan rasuah berhubung satu skandal pekerjaan palsu.

Mahkamah Tinggi dijadual membuat keputusan mengenai kes itu.

Kerajaan sayap kiri Romania mahu memecat ketua pejabat antirasuah Laura Codruta Kovesi kerana “memburukka­n imej negara”.

Pengkritik berkata tindakan sedemikian melemahkan usaha antirasuah di salah sebuah negara paling rasuah dalam Kesatuan Eropah (EU).

Pada awal bulan ini Dragnea membanding­kan pendakwa raya dengan polis rahsia pada era komunis, yang mencetuska­n kemarahan anggota badan kehakiman, yang seterusnya mengecam Dragnea kerana memulakan “contoh bahaya” and cuba menekan mereka. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia