Utusan Borneo (Sabah)

Venezuela hukum penjara lapan terbabit ‘kudeta biru’

-

Lima anggota tentera Venezuela dan tiga orang awam dipenjara kelmarin, selepas didapati bersalah mengambil bahagian dalam komplot pada 2015 untuk merampas kuasa daripada Presiden Nicolas Maduro, kata sebuah kumpulan hak banduan.

Mahkamah tentera menjatuhka­n hukuman penjara antara tiga hingga enam tahun, umum kumpulan itu Foro Penal.

Maduro secara terbuka mengecam satu komplot rampasan kuasa itu pada Februari 2015 yang menurutnya disokong oleh sebahagian pembangkan­g dan dibiayai kerajaan Amerika Syarikat (AS).

Presiden sosialis itu me-rujuk kepadanya sebagai “kudeta biru” – yang merujuk kepada warna seragam tentera udara Venezuela, dan berkata komplot itu sudah “dibubarkan”.

Ketika itu, presiden sosialis itu berkata komplot itu termasuk mengebom istana presiden Miraflores, bangunan kerajaan lain dan ibu pejabat televisyen kerajaan.

Jabatan Negara AS menolak tuduhan itu.

Sebuah lagi kumpulan hak, Keadilan Venezuela, berkata kelmarin kira-kira 150 anggota tentera Venezuela berada dalam penjara “atas sebab politik”.

Maduro sudah menerajui ekonomi yang pantas meleset sejak 2013, di tengah-tengah kejatuhan harga minyak yang telah menyebabka­n kekurangan makanan dan ubat-ubatan yang kronik, selain memaksa ratusan ribu penduduk untuk lari daripada keadaan hidup yang semakin susah di Venezuela.

Maduro sudah mengarah-kan pembebasan lebih 120 banduan sejak awal Jun, sebagai sebahagian daripada dasar untuk “memulihkan luka” yang disebabkan oleh protes antikeraja­an pada 2014 dan 2017.

Bekas pemandu bas dan aktivis kesatuan berusia 55 tahun itu mencetuska­n kontrovers­i apabila beliau memenangi penggal enam tahun kedua pada bulan lepas dalam pilihan raya yang dipulaukan oleh pembangkan­g dan dikecam sebagai satu sandiwara oleh AS dan kuasa serantau. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia