Utusan Borneo (Sabah)

Polis Indonesia tahan kapten feri karam

-

Kapten sebuah feri yang sarat di Indonesia dan karam di sebuah tasik gunung berapi telah ditahan oleh polis untuk disoal siasat berhubung bencana tersebut, kata pihak berkuasa semalam.

Dikenali sebagai Tua Sagala, kapten itu adalah antara 18 orang yang diselamatk­an selepas kapal berkenaan karam dan tenggelam pada petang Isnin lepas di Tasik Toba sebuah destinasi pelanconga­n yang popular di Sumatra.

Empat penumpang disahkan mati sebelum ini tetapi agensi mencari dan menyelamat semalam meminda jumlah itu kepada tiga.

Anggaran rasmi menyenarai­kan 193 orang hilang setakat pagi semalam, yang menimbulka­n kebimbanga­n bahawa insiden itu boleh menjadi salah satu bencana feri paling buruk di Indonesia.

Kapal kayu tradisiona­l itu dipercayai beroperasi secara haram tanpa sebarang senarai daftar penumpang atau tiket penumpang.

Anggaran rasmi bagi jumlah penumpang dibuat berdasarka­n laporan daripada keluarga dengan ahli keluarga yang mungkin telah menaiki feri yang karam itu, tetapi laporan mereka sukar untuk disahkan.

Jika disahkan, feri itu – yang turut membawa puluhan motosikal – mungkin telah dipadatkan dengan jumlah penumpang yang empat atau lima kali lebih banyak daripada jumlah yang dibenarkan.

Kapten feri itu adalah pemilik feri itu juga, kata polis.

“Kapten feri itu kini bersama polis,” kata jurucakap polis negara Yusri Yunus kepada AFP semalam.

“Namun kami belum lagi menyoalnya kerana dia masih trauma.”

Pegawai tertinggi kerajaan termasuk menteri pengangkut­an dan ketua polis negara tiba di tempat kejadian lewat semalam.

Ratusan orang yang kesedihan sudah menunggu selama berhari-hari di tebing tasik dengan harapan untuk mendapatka­n berita tentang nasib ahli keluarga yang hilang.

Ia tidak jelas sama ada orang asing ada menaiki feri terbabit ataupun tidak.

Laporan mangsa selamat menyebut feri itu mula goyah apabila ia menghadapi kesukaran ketika menempuh ribut kuat dan ombak tinggi kira-kira pada pertengaha­n pelayaran selama 40 minit dari sebuah pulau di tengah tasik menuju ke tebing.

Operasi menyelamat kini sudah beralih kepada usaha untuk mengeluark­an mayat – termasuk mayat yang mungkin masih terperangk­ap di dalam feri yang karam.

Pihak berkuasa mengerahka­n penyelam dan kenderaan bawah air, bersama kirakira 400 kakitangan, untuk menyelami salah sebuah tasik paling dalam di dunia.

Toba sedalam kira-kira 500 meter di beberapa bahagian dan meliputi kawasan seluas kira-kira 1,145 kilometer persegi.

Tasik itu, yang popular di kalangan pelancong domestik dan antarabang­sa, mengisi kawah sebuah gunung berapi gergasi yang meletup dalam satu letusan besar-besaran puluhan ribu tahun lalu. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SAUDARA-mara yang berkumpul di pelabuhan Tigaras di Sumatra Utara, Indonesia kelmarin meratapi ahli keluarga yang masih hilang selepas feri karam di Tasik Toba pada petang Isnin lepas.
— Gambar AFP SAUDARA-mara yang berkumpul di pelabuhan Tigaras di Sumatra Utara, Indonesia kelmarin meratapi ahli keluarga yang masih hilang selepas feri karam di Tasik Toba pada petang Isnin lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia